[TERKINI] HERO YANG JARANG DIDENDANG

Monday 20 January 20140 comments


Walaupun negara kita terlepas daripada malapetaka besar seperti gempa bumi, puting beliung, ataupun gunung berapi tetapi terdapat juga bencana kecil yang sekali-sekala mendapat tempat di kaca televisyen dan ruangan akhbar. Daripada kes kemalangan jalanraya sehinggalah kepada bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, wabak penyakit dan sebagainya.

Setiap kali kejadian ‘malang tidak berbau’ ini berlaku, kerajaan Malaysia akan menguruskannya melalui agensi-agensinya yang terlibat. Ramai yang melihat kepada peranan Pihak Polis Diraja Malaysia, JPAM dan juga pihak tentera. Namun atu pihak yang jarang mendapat penghargaan khusus di ruangan media adalah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Mereka seringkali menjadi barisan hadapan di dalam usaha penyelamat mangsa. Pihak bomba sering dikaitkan dengan kes kebakaran sahaja, tetapi tugas mereka lebih daripada itu. Antara peranan mereka termasuklah menyelamatkan mangsa kemalangan sehinggalah kepada menangkap ular yang masuk ke dalam kediaman-kediaman individu.


Antara kes yang terbaru melibatkan Bomba adalah kejadian kapal terbang Cessna yang terhempas dan juga kejadian bot karam yang berlaku di Mukah, Sarawak.

Tindakan pantas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan ketiga-tiga mangsa yang terlibat. Syed Haidhar Syed Zulkifli, salah seorang mangsa yang terlibat memuji tindakan pantas bomba dalam usaha mencari dan menyelamat.

“Saya fikir kami tidak akan terselamat, sekiranya pihak bomba tidak menjumpai kami pada waktu itu,” tambahanya lagi.

Kes bot karam di Mukah pula yang melibatkan 24 mangsa berlaku akibat dipukul ombak besar ketika cubaan membuat pusingan U. Mangsa yang terselamat menceritakan bahawa semua penumbang tidak memakai jaket penyelamat.

Sekali lagi mangsa turut memuji tindakan bomba apabila tindakan pantas mereka berjaya menyelamatkan 9 orang mangsa. Walaupun 13 orang yang lain masih di dalam proses cari dan selamat, namun usaha bomba menyelamatkan 9 orang mangsa tersebut patut dipuji.


Bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab seorang ahli bomba ini. Nyawa mereka sering menjadi taruhan dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat. Pekerjaan mereka yang sering terdedah dengan bahaya memerlukan lebih penghargaan daripada pihak kerajaan dan juga masyarakat. - Klxpress
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger