[WAJIB BACA] PART 1 : RAHSIA SEBENAR 'MAT TYSON' SERTAI PAS TERBONGKAR!!! #PRU13 #BetterNation

Monday, 22 April 20131comments


Khabar angin kononnya bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (Mat Taib) akan menyertai Pas terjawab hari ini apabila beliau secara rasmi menyerahkan borang ahli Pas kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat Pas.

Tindakan Mat Taib sudah dijangka sejak awal lagi apabila beliau tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya selepas dikatakan kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor pada 2010.

Ketika itu, adik beliau, Dato' Raduan Muhammad Taib memainkan peranan penting sebagai pelobi supaya abangnya dilantik sebagai calon BN di PRK Hulu Selangor. Raduan juga dikesan bertemu dengan beberapa pemimpin kawasan di Batang Kali, Sungai Choh dan Sungai Buaya. Maka lahirlah 'banner' kononnya menggambarkan bahawa rakyat di Hulu Selangor mahukan Mat Taib sebagai calon di sana.


Namun, kepimpinan BN ketika itu tetap memilih calon yang dipilih oleh MIC kerana kerusi Hulu Selangor memang milik MIC sejak duhulu lagi. Calon yang dipilih adalah P. Kamalanathan.

Akibat kecewa, Mat Taib juga menolak untuk menjadi salah seorang penceramah untuk membantu kempen BN di Hulu Selangor ketika itu. Beliau memberi alasan yang pelbagai. Namun ramai orang UMNO percaya beliau kecewa kerana tidak dicalonkan. Alhamdulillah.. BN menang di PRK Hulu Selangor dan merampas kembali kerusi parlimen itu.


Kekecewaan berlanjutan hingga beliau tidak lagi hadir dalam program UMNO sama ada di peringkat negeri Selangor dan Pusat. Sejak itu beliau tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya. Ramai yang menjangkakan beliau akan berundur dari arena politik ketika itu.

Maka ketika itu, beberapa pemimpin Pas mengambil kesempatan berdamping dengan Mat Taib. Antara pemimpin Pas yang terawal bertemu dengan Mat Taib adalah Mustapha Ali. Pertemuan yang pertama berlaku pada tahun 2011 di mahligai milik Mat Taib sendiri di Seksyen 7, Shah Alam.

Semua tahu, sudah menjadi tabiat Pas memburu pemimpin UMNO yang kecewa.

Pertemuan dengan Mustapha Ali diatur sendiri oleh adik Mat Taib, Dato' Raduan. Namun, bukan pemimpin Pas sahaja yang bertemu dengan Mat Taib, beberapa pemimpin PKR turut dikesan beberapa kali bertemu dengan Mat Taib di Restoran Darul Ehsan di Seksyen 3, Shah Alam.

Pertemuan mereka semakin kerap pada awal tahun 2012, kemuncaknya adalah apabila Presiden Pas sendiri bertemu dengan Mat Taib di kediamannya di Seksyen 7. Pertemuan di antara Mat Taib dengan Hadi Awang berlaku sebanyak tiga kali.
Antara pemimpin Pas dan PKR yang dikesan pernah bertemu dengan Mat Taib ialah Mustapha Ali, Salahuddin Ayub, Nasharuddin Mat Isa, Dr Rani, Nizar Jamaluddin dan Haron Din.





Siapa pemimpin ini yang menerima 'envelope' dipercayai berisi wang yang diserahkan oleh pegawai keselamatan Anwar Ibrahim di KLIA tahun lepas??? Apa kaitan pemimpin ini dengan Mat Taib??? Nantikan pembongkaran - PART 2

Share this article :

+ comments + 1 comments

22 April 2013 at 21:17

Alhamdulillah, beliau telah memilih jalan hidupnya sendiri. UMNO Kelanajaya sudah boleh berlapang dada untuk memilih ketua bahagian yang baru tanpa perlu menghiris hati bekas pemimpin yang pernah berjasa kepada negeri Selangor.

Semoga UMNO Kelanajaya akan lebih proaktif selepas ini daripada terus terbelenggu dengan Ketua Bahagian (bekas) yang tidak berminat lagi untuk menjalankan tugas. hehehehe

PRU13 - Pengundi Hantu Naik Hantu di TendangTerajang

Post a Comment

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger