[TERKINI] PADAN MUKA RAKYAT SELANGOR - KHALID IBRAHIM?

Thursday, 19 December 20130 comments


Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendedahkan penglibatan kerajaan Selangor dalam pemilikan saham di syarikat konsesi lebuhraya yang bercadang menaikkan kadar tol bemula tahun hadapan.

Mungkin ramai pemimpin pakatan haram tidak tahu bahawa kebanyakkan lebuhraya yang bercadang menaikkan kadar tol terletak di kawasan negeri Selangor. Lebih menyeronokkan, kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya memiliki saham terbesar di beberapa syarikat konsesi tersebut.

Akibat pendedahan itu, bermulalah drama baru untuk mengalih isu. Terbaru, Khalid Ibrahim menyatakan bahawa Selangor akan guna kuasa untuk halang kenaikan kadar tol melalui kuasa pemilikan saham di dalam syarikat konsesi.

Persoalannya, kenapa baru sekarang berbuat demikian hanya selepas didedahkan tentang pemilikan saham oleh kerajaan Selangor dalam syarikat konsesi lebuhraya tersebut?

Wahai rakyat Malaysia, janganlah mudah sangat diperbodohkan oleh pemimpin pakatan haram ini. Tidakkah kalian melihat permainan mereka yang hanya mengelirukan rakyat untuk mendapat sokongan dan mengaut peluang terhadap dasar-dasar kerajaan yang bersifat tidak populis?

Sebab itu, setiap permasalahan dan keputusan kerajaan harus dipertimbangkan dengan rasional. Jangan mudah atau terburu-buru menghukum dan membuat penilaian membabi buta. Apatah lagi mempercayai bulat-bulat apa yang dihamburkan oleh pemimpin pakatan haram.

Mereka hanya mengambil kesempatan! Kalau rakyat marah, mereka ada peluang untuk dapatkan sokongan. Kerja-kerja yang dilakukan pemimpin parti pembangkang tidak ubah seperti perangai syaitan. Menjadi batu api untuk mengeruhkan keadaan!

Oleh itu, ayuh kita saksikan drama baru dari Khalid Ibrahim dan nantikan kesudahannya. Sama ada kerajaan Selangor mampu untuk menurunkan harga atau menggagalkan kenaikan kadar tol itu.

Keadaan akan menjadi lebih baik kalau kerajaan Selangor mengharamkan kutipan tol semua lebuhraya dalam Selangor. Barulah selari dengan slogan kerajaan Selangor - 'Hasil negeri untuk rakyat' bukannya 'Hasil negeri untuk kroni dan MB'.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger