[TERKINI] ISU KENAIKAN KADAR TOL, KERAJAAN SELANGOR TERLIBAT?

Wednesday, 18 December 20130 comments


Menipu dan mengelirukan rakyat adalah tabiat biasa parti pembangkang untuk meraih sokongan rakyat terhadap mereka.

Kenaikan harga kadar tol yang masih belum dimuktamad telah dimanupulasi oleh agen-agen propaganda parti pembangkang bagi menimbulkan kemarahan rakyat yang masih belum reda ekoran kenaikan harga minyak dan cadangan kenaikan tarif elektrik sebelum ini.

Akibat pengurusan propaganda yang tersusun, parti pembangkang berjaya meletakkan beban kemarahan rakyat terhadap kerajaan, kononnya kerajaan sengaja menaikkan harga kadar tol.

Namun, jika kita amati dan teliti, kenaikan kadar tol sebenarnya banyak melibatkan lebuhraya di kawasan yang ditadbir sendiri oleh parti pembangkang iaitu di Selangor.

Jadi, apa rasionalnya tuduhan dan cemuhan dibuat terhadap kerajaan pusat kononnya menjadi dalang kenaikan kadar tol? Sedangkan, kerajaan pusat tidak punya kuasa mutlak untuk membuat keputusan sesuka hati kerana kenaikan kadar tol itu telah termaktub di dalam perjanjian dengan pihak konsesi yang mengurus lebuh raya tersebut.

Kerajaan hanya berupaya merayu untuk menangguhkan kenaikan kadar tol dan membayar pampasan kepada pihak konsesi yang menguruskan lebuhraya tersebut. 

Namun hakikatnya, kenaikan akan berganda pada masa akan datang jika kerajaan berjaya merayu supaya kenaikan kadar tol ditangguhkan. Ketika itu, rakyat akan rasa lebih terbeban.

Jika kerajaan bayar pampasan pula, sudah tentu berlakunya ketidak-adilan kerana kerajaan tidak boleh menggunakan wang rakyat hanya untuk membayar pampasan. Sedangkan bukan semua rakyat menggunakan perkhidmatan lebuhraya tersebut.

Maka memang wajar, pengguna yang menikmati kemudahan lebuhraya sahaja sepatutnya menanggung kenaikan kadar tol itu.

Jadi, jika parti pembangkang serius membela nasib rakyat, kenapa kerajaan Selangor tidak menghalang kenaikan kadar tol tersebut? Bukankah kerajaan Selangor memiliki saham terbesar di beberapa konsesi lebuhraya melalui anak-anak syarikat milik kerajaan Selangor?

Dan penguasaan terhadap anak syarikat kerajaan Selangor tidak sama seperti GLC milik kerajaan pusat. Ini kerana kerajaan pusat tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan hasil keuntungan GLC untuk kepentingan kerajaan ataupun rakyat. Kerajaan hanya mampu mengutip cukai sahaja daripada mereka. 

Oleh itu, rakyat perlu berfikir panjang dalam isu ini. Penulis yakin bahawa kerajaan pusat sedar, setiap keputusan dan dasar-dasar yang tidak populis bakal memberi kesan buruk terhadap imej kerajaan itu sendiri. 

Jadi, adalah tidak adil menghukum kerajaan pusat sedangkan kerajaan Selangor sebenarnya bertanggungjawab.

Kerajaan Selangor perlu bertanggungjawab dan menurunkan harga tol jika mereka ikhlas mambantu rakyat dan menjunjung slogan kerajaan negeri Selangor iaitu "hasil negeri untuk rakyat". Bukan "hasil negeri untuk kroni dan MB".





Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger