Kenaikan kadar caj lesen perniagaan 400% oleh kerajaan Selangor dilihat suatu usaha untuk menghapuskan peniaga-peniaga kecil yang majoritinya adalah orang Melayu.
Kenaikan melampau itu seperti tiada asasnya memandangkan kerajaan Selangor mengagung-agungkan slogan mereka "Hasil negeri untuk rakyat". Kononnya merekalah (pakatan haram) jaguh membela nasib dan kebajikan rakyat.
Sekarang apa sudah jadi? Mereka mengatur langkah yang bukan-bukan di saat kerajaan pusat ditekan oleh ramai pihak berikutan kenaikan harga tol baru-baru ini.
Mereka memang licik dan pandai berselindung, inilah namanya propaganda terancang. Namun kalau sudah busuk, pasti berbau juga. Kerja-kerja gila kerajaan Selangor tidak dapat disorok lagi.
Selepas ini, apa pula drama kerajaan Selangor tentang pendedahan baru ini?