[TERKINI] KEMATIAN PEGAWAI POLIS AKIBAT KENCING TIKUS ADALAH FITNAH

Saturday 14 December 20130 comments



Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebar maklumat palsu bahawa pegawai awam Polis Diraja Malaysia meninggal dunia di sini akibat jangkitan Leptospirosis atau kencing tikus boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke negeri ini dan perlu dihentikan serta merta. 


Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab Rahman Ab Karim, berkata sehubungan itu, beliau turut memohon pihak terbabit agar menghentikan penyebaran maklumat palsu bahawa hotel penginapan pegawai itu dan kawasan sekitar Bandar Hilir yang terkenal sebagai lokasi utama pelancongan di negeri ini dicemari penyakit kencing tikus. 

Beliau berkata dalam era teknologi yang memudahkan penyebaran maklumat, pihak terbabit perlu memikirkan impak yang bakal dihadapi pihak lain sebelum bertindak menyebarkan maklumat yang diperoleh daripada sumber yang diragui kesahihannya. 

"Pada ketika cuti Krismas yang bakal tiba, Melaka akan menerima ramai pelancong dan jika maklumat palsu ini disebar kedatangan pelancong akan berkurangan, saya memohon media juga memainkan peranan menyiarkan maklumat yang betul tentang perkara ini. 

"Saya juga sebagai exco bertanggjungjawab menafikan adanya penyebaran penyakit itu di kawasan berkenaan dan memberi jaminan Melaka selamat untuk dikunjungi semua pihak, tolong jangan percaya dengan khabar angin disebar pihak tidak bertangungjawab," katanya ketika ditemui Bernama di sini, malam tadi. 

Rabu lalu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr S Jeyaindran mengesahkan seorang pegawai wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah itu meninggal dunia sehari sebelumnya (Selasa lalu) kerana komplikasi daripada penyakit Tiroid. 

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger