[TERKINI] PRK KUALA BESUT: WAJIB TONTON! PEMIMPIN PAS HINA SULTAN TERENGGANU DALAM CERAMAH!!? @KualaBesut_ #N01KualaBesut

Saturday 20 July 20130 comments


Barangkali PAS sudah hilang modal untuk meraihkan sokongan rakyat pada PRK Kuala Besut. Kenyataan dan kesimpulan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu ceramah malam tadi adalah satu kesimpulan bodoh dan berniat jahat.

Beliau menanam kebencian dan cuba bermain sentimen 'daerah' dengan membuat tuduhan kononnya pemimpin UMNO menganaktirikan orang Kuala Besut apabila tidak melantik semula Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu.

Tindakan Takiyuddin jelas berniat jahat dan fitnah semata-mata. Pertama, tugas melantik Menteri Besar Terengganu terletak di bawah kuasa Sultan Terengganu. Jadi dengan mengaitkan bahawa perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu adalah fitnah. Pemimpin UMNO tiada kena mengena.

Kedua, menuduh UMNO menganaktirikan orang Kuala Besut sebab tidak melantik semula Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Adakah Takiyuddin cuba mempertikaikan lantikan oleh Sultan Terengganu? Jelas bahawa kenyataan oleh Takiyuddin adalah satu penghinaan kepada Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu.

Inilah gelagat pemimpin Pas, bila sudah hilang modal, mereka sanggup menfitnah demi meraih sokongan rakyat walaupun di bulan Ramadhan.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger