[TERKINI] PRK KUALA BESUT: WAJIB TONTON! CUBAAN HILANGKAN DAKWAT KEKAL GAGAL!!! @kualabesut_ #N01KualaBesut

Saturday, 20 July 20131comments


Penulis membuat tinjauan proses pengundian awal di Dewan Serbaguna Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini hari ini.

Setakat jam 4.00 petang, proses pengundian berjalan lancar dan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menutup kaunter pendaftaran pada jam 5.00 petang nanti.

Suasana adalah tenteram dan kelihatan kedua-dua calon bertanding mengambil kesempatan pada saat-saat akhir meraih undi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut membuat tinjauan dan mengadakan sidang akhbar. Dalam sidang akhbar, Wan Ahmad berkata, pihak SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi melebihi 95 peratus.

Wan Ahmad berkata pihak SPR telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan TUDM Gong Kedak supaya mengatur anggota yang layak mengundi untuk datang ke pusat pengundian secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan selain terpaksa beratur panjang.

Seramai 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis layak melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal PRK DUN Kuala Besut.

Pegawai dan anggota kedua-dua pasukan keselamatan itu serta pasangan mula beratur seawal 7.30 pagi meskipun pusat pengundian hanya dibuka tepat 8 pagi.

Undian awal itu juga menyaksikan pengundi mencelup jari ke dalam dakwat kekal berwarna ungu, berbanding kaedah mencalit pada kuku semasa pilihan raya umum Mei lalu.

Beberapa orang rakan media mengambil kesempatan bertemu dengan anggota tentera yang telah selesai mengundi bagi menguji dakwat pada jari mereka. 

Hasilnya memeranjatkan. Kita tonton video di bawah 

Share this article :

+ comments + 1 comments

20 July 2013 at 16:59

Nah ambik ko dulu hebuh sangat suruh guna dakwat ..bila dibagi buat bermacam dakyah kata dakwat tak kekal tetapi tujuan utama tu nak sahkan pengundian dah buat ke belum..yang dok sibuk pi cuci dengan perbagai cara buat pe..nah sekarang bawak la jari yang bertanda tu seminggu kah kah kah kah..tu pun kalau seminggu tanggal dakwat tu..

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger