[TERKINI] PRK KUALA BESUT:PEMIMPIN PAS KENA HENTI BUAT KENYATAAN BODOH!!! @kualabesut_ #N01KualaBesut

Sunday 21 July 20130 comments


Sebuah akhbar hari ini melaporkan kenyataan seorang pemimpin PAS yang mendakwa beliau kesal dengan pihak media yang kononnya telah memanipulasi kenyataan calon Pas, Endut@Azlan Che Long hingga mengelirukan orang ramai. [rujuk di sini]

Video itu dikaitkan dengan janji Che Long sekiranya pengundi Kuala Besut memilihnya menjadi wakil rakyat, gaji diterimanya tidak akan diambil, sebaliknya disalurkan ke dalam satu tabung supaya boleh dimanfaatkan rakyat, manakala akan menggaji seseorang untuk menguruskannya. Ini kerana beliau sibuk menguruskan perniagaan di Kelantan.

Pemimpin itu adalah Dr Azman Ibrahim yang juga adalah Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang merupakan sebuah pertubuhan berpaksikan kepada PAS walaupun mereka mendakwa kumpulan itu bebas.

Beliau mendakwa kaedah 'swing' untuk putar belit dengan cara pengambilan ucapan yang tidak lengkap dan disifatkan berniat jahat dan mengelirukan pengundi.

Persoalannya, siapa yang berniat jahat dan mengelirukan pengundi???

Rakyat tidak mudah diperbodohkan seperti penyokong-penyokong Pas diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Rakyat boleh menilai sendiri kenyataan yang dibuat oleh Che Long dalam video yang telah tersebar luas di internet. Dan penonton boleh menilai sendiri video itu dan jelas tiada suntingan tambahan.

Mungkin Dr Azman sudah lupa, kenapa pemimpin PAS halang Che Long daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger