[TERKINI] PRK KUALA BESUT: ADA BLOGGER UMNO PROMOSI CALON PAS!?? @kualabesut_ #N01KualaBesut

Saturday 20 July 20130 comments


Pengamal laman sosial dan blogger pro-pembangkang dilihat kurang memberikan tumpuan mempromosikan calon PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long sehingga menyebabkan imej calon ini didakwa tidak begitu menonjol terutama kepada rakyat di luar Kuala Besut.

Situasi ini didakwa berpunca daripada tiada sebarang habuan diperuntukkan kepada golongan ini, selain calon tersebut bukan pilihan akar umbi di kawasan berkenaan.

Meneliti situasi ini, saya telah mengambil keputusan untuk membantu seikhlas hati mempromosikan calon ini memandangkan saya mahu melihat persaingan secara dan saksama di dalam dunia maya kepada semua calon. Dan mengambil tugas blogger-blogger BERBAYAR pro-pembangkang yang gagal mempromosikan Che Long, saya dengan ini melancarkan kempen "Name Kawe Che Long, Kawe Seore Kontraktor Kelas A" bagi membantunya kontraktor kelas A ini meraih sedikit sokongan pada PRK DUN Kuala Besut kali ini.

Apa-apa pun diharapkan kepada pengundi Kuala Besut untuk membuat pilihan paling bijak sebelum memberikan undi kepada calon PAS ini memandangkan kapasitinya sebagai seorang kontraktor kelas A.

Seandainya selama ini, Che Long diberi banyak ruang oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sehingga mampu memiliki kemewahan 'luar biasa' walaupun mengetahu dia merupakan Bendari PAS Besut, sudah pastinya kerajaan BN juga tidak akan melupakan pengundi Kuala Besut yang memberi sokongan kepada calon BN. Justeru memilih calon BN pasti akan memastikan segala perancangan pembangunan boleh diteruskan di kawasan ini.



Selanjutnya, [klik sini]

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger