Sehingga ke masa ini belum ada sebarang kenyataan akhbar dikeluarkan kedua-dua pihak untuk menjelaskan mengenai dakwaan tersebut. Namun beberapa pihak yang cuba menghubungi Ungku Salleh memaklumkan bahawa mereka gagal menembusi talian Ketua Pemuda UMNO Selangor itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Manakala Mohd Zin lebih senang mengambil sikap diam diri dan tidak mahu mengambil sebarang tindakan terlebih dahulu dalam menyelesaikan kemelut ini.
Beberapa komentar turut dikesan "menyerang" di ruangan komen blog ini menimbulkan seribu pertanyaan apabila dilihat terlalu memuji Mohd Zin dan menghentam Ungku Salleh termasuk menggunakan serangan bersifat peribadi.
Apa-apa pun, dalam sebilangan komentar ditinggalkan, Wak tertarik dengan komentar ini:
Komentar Tanpa Nama ini menunjukkan dia seolah-olah memperakui bahawa kenyataan Ungku Salleh bukan dilemparkan secara sembrono dan mempunyai kewajaran untuk disokong. Malah 'poin-poin' yang diberikan nampaknya ada kebenaran mengenai punca kekalahan UMNO di Selangor.
Apa-apa pun, kita nantikan kenyataan kedua-dua pemimpin ini untuk kita nilai dan kaji sebelum tindakan lanjut diambil oleh kepimpinan tertinggi parti terutama apabila tuduhan sebegini melibatkan nama petualang, Anwar Ibrahim.
Selanjutnya, [klik sini]