Tawaddhu’ dalam kemenangan, berlapang dada dalam kekalahan!
Itulah sikap yang sepatutnya diambil oleh mana-mana insan yang berjiwa besar dalam menghadapi apa-apa pertandingan.
Sebaliknya Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyatakan akan bersara dan menjadi pensyarah jika kalah didalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13), telah mengambil sikap berdolak dalik; enggan mengaku dia sudah ditolak secara muktamad oleh rakyat. Malah mengaku menang pula!
Malah rakan karibnya Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia menyatakan bahawa Anwar mengkhianati perjanjian yang dimeterai bahawa Anwar bersedia menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU-13.
Anwar sekarang bertindak seperti seorang yang sudah meroyan - menang jadi abu, kalah jadi arang. Tidak kira apa akan jadi kepada negara, diheretnya segelintir rakyat dan cauvinis yang terpedaya dengan janji dan temberangnya ke jalanraya. Malah ada parasit dan cauvinis yang kini bercita-cita mau menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib yang sah dipilih rakyat melalui politik jalanraya.
Dan asas pengisytiharan kemenangan Anwar itu ialah kononnya undi popular (iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS) melebehi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional!
Anwar dengan pembohongan dan putar-belit yang hebat cuba memperdaya dan memperbodohkan rakyat yang sudah sedia maklum kaedah pilihanraya yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak mula lagi (termasuk dibanyak negara maju lain saperti Britain) ialah sistem first-past the-post; iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk Kerajaan.
Jumlah undi dikutip secara keseluruhan tidak pernah diterima sebagai kayu ukur kemenangan!
Namun agak malang ada segelintir rakyat terutama penyokong tegar dan taksub yang begitu mudah terpedaya dan diperbodohkan oleh Anwar! Dan kini mereka cuba menggulingkan Kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui jalanraya; setelah mereka ditolak didalam pilihanraya!
Bayangkan dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia dimana Najib menentang Anwar, keputusannya saperti berikut:
Set 1 – Najib 21 Anwar 19;
Set 2 – Anwar 21 Najib 03;
Set 3 – Najib 21 Anwar 19.
Apabila referee mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57% daripada jumlah keseluruhan poin pertandingan (sebanyak 104); sedangkan Najib hanya mendapat 45 poin atau 43% daripada keseluruhan poin pertandingan!
Saya cukup pasti kalau Anwar mendakwa sedemikian, penonton samada akan berkata dia sakit otak, atau tidak ada otak langsung!
Kerana apa?
Kerana kita semua tahu dalam pertandingan badminton, penentuan juara ditentukan melalui jumlah set yang dimenangi, bukan jumlah poin yang dikutip!
Begitu jugalah dengan Pilihanraya Umum. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu bahawa pemenang PRU-13 ditentukan melalui jumlah kerusi yang diperolehi, bukan jumlah undi yang dikutip!
Tetapi namanya Anwar, nafsu serakah yang meluap-luap untuk dimahkotakan sebagai Perdana Menteri bersemayam di Putrajaya menyebabkan dia sanggup melakukan pembohongan besar dan memutar-belit fakta. Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia!
Walau bagaimana pun, saya mahu mengupas isu berkenaan undi popular ini dan membuktikan kepada rakyat bahawa Anwar ini sbebenarnya pembohong tegar dan kaki putar-belit yang cukup hebat.
Isunya, benarkah Anwar dan pembangkang DAP-PKR-PAS memperolehi undi popular terbanyak dalam PRU-13? Atau ia hanya sekadar mitos byang dibohongi dan diputarbelitkan untuk memperdaya golongan yang mudah diperdaya?
Mari kita lihat analisa berikut:
1. UNDI POPULAR BN YANG TERBANYAK
Dalam PRU-13, parti utama yang bertanding ialah Barisan Nasional (BN), Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Partai Islam SeMalaysia (PAS).
BN menggunakan lambing Dacing, DAP lambing Roket, PKR lambing Mata-satu, dan PAS lambing Bulan.
Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRU-13 ialah 13,268,002; namun yang turun mengundi hanyalah 11,257,147 atau 84%.
Pengundi akan memangkah nama calon mengikut nama dan nama serta lambing parti yang bertanding.
Kita tengok carta keputusan PRU-13 saperti berikut (setelah ditolak undi rosak 1.8%):
Parti bertanding
|
BN
(Dacing)
|
PAS
(Bulan)
|
PKR
(Mata-satu)
|
DAP
(Roket)
|
LAIN-LAIN
(Pelbagai)
|
Jumlah undi
|
5,237,699
46.53%
|
1,633,389
14.51%
|
2,254,328
20.03%
|
1,736,267
15.42%
|
192,904
1.71%
|
Jumlah kerusi
|
133
|
21
|
30
|
38
|
0
|
Jelas daripada carta diatas bahawa kalau mengikut undi popular, kedudukannya adalah saperti berikut:
DAP-PKR-PAS bertanding berasingan menggunakan lambang masing-masing; yang tertera diatas kertas undi ialah lambang Roket (DAP)-Bulan(PAS)-Mata Satu (PKR); langsung tidak ada lambang bersama pembangkang;
Ada konstituensi dimana berlaku pertandingan sesama sendiri diantara DAP-PKR-PAS; saperti Sg Aceh, Kota Damansara dan lain-lain;
Gabungan DAP-PKR-PAS sebagai Pakatan Rakyat tidak ujud dalam PRU-13 ini, malah ia sebuah badan yang tidak berdaftar dan tidak bertanding atas lambang sendiri pun!
Rumusannya ialah jika menggunakan kaedah undi popular sebagai kayu pengukur kemenangan dalam PRU-13, sebenarnya BN memperolehi undi terbanyak berbanding dengan tiga parti utama lain iatu DAP, PKR mahupun PAS!
Sewajarnya BN memenangi PRU-13, dan membentuk Kerajaan Persekutuan!
2. KENAPA DAP MENDAPAT 38 KERUSI?
Kalau mengikut logik Anwar bahawa undi popular sepatutnya menentukan jumlah kerusi, maka urutan jumlah kerusi sepatutnya saperti berikut:
Sedangkan PKR yang memperolehi undi popular kedua selepas BN sebanyak 20.03% hanya memperolehi 30 kerusi ditempat ketiga!
Mengapa Anwar tidak menjerit melalak mendesak kerusi DAP dikurangkan sebanyak 4 kerusi kepada 34 kerusi daripada 38 kerusi yang sebenarnya dimenangi oleh DAP?
Jawapannya mudah. Anwar sekadar memutar-belit fakta yang hanya menguntungkan dia dari segi politik. Tetapi yang kena batang hidung sendiri, dia sepi membisu sebagaimana dia membisu tentang dimana jam Omega yang ditemui Datuk Eskay dalam peristiwa China-Doll!
3. UNDI POPULAR ANWAR MAKIN MEROSOT
Sekarang mari kita lihat prestasi politik Anwar dalam beberapa pilihanraya umum sebelum PRU-13. Kita akan dapati undi popular Anwar semakin lama semakin merosot!
Kerusi Parlimen P.044 Permatang Pauh
Kita dapat melihat dengan jelas sebenarnya undi popular Anwar semakin merudum sejak keluar daripada Barisan Nasional. Semasa bertanding dalam PRU-08, Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan bertanding sebagai calon BN menentang calon PAS Mahfuz Omar. Anwar memperolehi majoriti yang agak besar sebanyak 16,150.
Dan majoriti Anwar semakin meningkat dalam PRU-09 semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Anwar berjaya menewaskan calon pembangkang DAP Abdul Rahman Manap dengan majoriti sebanyak 23,515, iaitu meningkat sebanyak 7,365.
Anwar tidak bertanding dalam PRU-10 (1999), PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008) kerana menjalani hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan surat sumpah palsu daripada Umi Hafilda dan mangsa liwatnya yang juga pemandunya Azizan Abu Bakar.
Apabila Anwar layak bertanding, maka kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU-12 telah dikosongkan. Buat pertama kalinya setelah 16 tahun bertanding dibawah lambang BN, kali ini Anwar sebagai Penasihat PKR bertanding didalam Pilihanraya Kecil dibawah lambang Satu-mata PKR.
Anwar memenangi PRK tersebut pada bulan Ogos 2008 menentang calon BN iaitu Dato’ Arif Shah. Namun majoriti Anwar merosot kepada 15,671; iaitu kurang 7,844 daripada kemenangan terakhir Anwar sebagai calon BN dalam PRU-09 (1995).
Dalam PRU-13 pada 05.05.2013, Anwar sekali lagi sebagai Ketua Pembangkang bertanding kerusi P.044 Permatang Pauh menggunakan lambang Satu-Mata PKR menentang calon BN iaitu Dr. Mazlan Ismail. Anwar menang dengan majoriti makin merosot sebanyak 11,721; iaitu berkurangan sebanyak 3,950 berbanding PRK 2008. Dan berkurangan sebanyak 11,794 undi berbanding dengan PRU-09 semasa bertanding sebagai calon BN.
Apa makna semua ini?
Maknanya undi popular Anwar sendiri dikerusi tradisionalnya makin merosot dan merudum. Malah saya berani katakan hanya semasa bertanding sebagai calon BN majoriti Anwar begitu besar berbanding bertanding sebagai calon PKR.
Jadi kalau undi popular dia sendiri pun makin merosot dan merudum, Anwar tiada sebarang alasan moral mahupun politik untuk mendabik dada menyatakan gabungan tak-sah pembangkang telah menang undi popular untuk melayakkan dia menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7!
4. UNDI POPULAR NAJIB MENINGKAT
Sebaliknya kalau kita melihat prestasi Dato’ Sri Najib, kita akan nampak jelas peningkatan undi popular beliau. Daripada hampir tewas dalam PRU-10 (1999) dengan hanya mendapat majoriti sebanyak 241 undi, tetapi kemudiannya atas khidmat dan usaha gigih, majoriti kemenangan Najib meningkat dengan mendadak.
Mengikut carta diatas, undi popular untuk Najib bagi PRU-12 (2008) meningkat sebanyak 1,542 berbanding PRU-11 (2004).
Dan bagi PRU-13 (2013), undi majoriti Najib meningkat sebanyak 35,613, iaitu peningkatan sebanyak 11,149 berbanding PRU-12 (2008)!
Ini membuktikan undi popular Najib semakin meningkat berbanding Anwar yang semakin merudum dan merosot!
Saya cukup yakin kalau diadakan pemilihan Perdana Menteri berdasarkan undi popular, rasanya Anwar Ibrahim kalau tidak hilang deposit pun, mungkin jatuh merudum jumlah undi yang diperolehi berbanding Najib!
5. SISTEM PILIHANRAYA YANG SAMA
Apa yang lebih menghairankan ialah kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit sekarang? Sedangkan Sistem Pilihanraya yang sama telah digunakan semasa Anwar didalam Barisan Nasional.
Sistem Pilihanraya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sistem Pilihanraya yang sama yang menjunjong Anwar selama 16 tahun didalam Barisan Nasional sehingga menjadi orang nombor dua dalam negara; malah pernah diberi kepercayaan memangku jawatan Perdana Menteri!
Mengapa selama 16 tahun tidak pernah dengar sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai Sistem Pilihanraya Malaysia, mahupun SPR?
Kenapa tiba-tiba, apabila terkeluar menjadi pembangkang, Anwar kembali dengan politik longkang memaki hamun SPR dan Sistem Pilihanraya Malaysia?
6. ANWAR DITOLAK PAS
Populariti Anwar bukan sahaja makin merosot dan merudum dikalangan pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia, malah bersama rakan komponen juga sudah mula dipersoalkan.
Ini adalah jelas apabila Majlis Syura’ PAS menolak nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi pembangkang sekiranya mereka memenangi PRU-13 tempoh hari.
Malah Muktamar Agong PAS 2012 jelas kedengaran suara akar umbi PAS yang menolak Anwar sebagai pemimpin pembangkang dan menjadi calon Perdana Menteri mereka!
RUMUSAN
Dakwaan Anwar bahawa sebenarnya pembangkang DAP-PKR-PAS yang memenangi PRU-13 dan sekaligus membolehkan dia mencapai nafsu menjadi Perdana Menteri kerana memenangi undi popular jelas satu pembohongan dan putar-belit fakta yang jelas.
Pertama, sistem pilihanraya Malaysia ,enggunakan kaedah first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan yang berhak diisytiharkan menang dan boleh membentuk Kerajaan.
Dalam konteks ini, jelas BN dengan perolehan 133 kerusi merupakan parti tunggal yang berjaya memenangi PRU-13 dan layak membentuk Kerajaan Malaysia.
Kedua, Malaysia, saperti juga di negara maju lain didunia saperti Britain, tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira kemenangan berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi. Sebaliknya kita mengamalkan sistem pilihanraya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan Malaysia.
Ketiga, jika dikira undi popular, sebenarnya BN memperolehi undi popular tertinggi daripada kesemua parti utama yang bertanding dalam PRU-13. Cubaan untuk memutar-belitkan fakta dengan menggabungkan kesemua parti non-BN iaitu DAP-PKR-PAS adalah tidak menasabah memandangkan mereka bertanding menggunakan symbol masing-masing, malah ada yang berlawan sesame mereka dibeberapa kerusi!
Keempat, undi popular Dato’ Sri Najib makin lama makin meningkat. Sebaliknya undi popularAnwar yang mulanya tinggi semasa bertanding menggunakan lambang BN makin merudum dan merosot sejak terkeluar daripada BN dan bertanding menggunakan lambang Mata-Satu!
Kelima, sistem pilihanraya yang samalah yang menjulang Anwar daripada politikus tepi longkang ke jawatan nombor dua paling tinggi dalam negara. Sistem itu jugalah yang membolehkan Anwar menikmati 16 tahun kegemilangan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Tapi kini sistem itulah yang diludah kembali setelah impian ke Putrajaya semakin lama makin jauh!
Keenam, parti komponen terbesar pembangkang iaitu PAS sendiri menolak Anwar sebagai bakal calun Perdana Menteri. Bukan sahaja populariti Anwar dengan rakyat makin merosot dan merudum, bersama dengan rakan komponen pun Anwar makin dipinggiri dan diketepikan.
Apa yang merbahaya ialah dalam keghairahan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang telah dipilih secara telus, transparen dan jelas oleh rakyat dalam PRU-13, negara dijerumuskan ke kancah politik perkauman dan cauvinisma yang sempit. Keghairahan segelintir rakyat terutama yang bukan-Melayu menyorak bersama Anwar memberi isyarat yang tidak baik untuk negara berbilang agama dan kaum ini!
Sebab itu, saya mencabar Anwar supaya menghentikan politik sempit, jijik dan kotor ini. Terimalah hakikat rakyat tidak mahukan anda! Hormatilah keputusan rakyat yang mahukan negara dipimpin oleh Dato’ Sri Najib dibawah Kerajaan Barisan Nasional.
Saya hanya boleh merumuskan satu perkara daripada semua ini: Anwar Ibrahim memang seorangpembohong bersiri yang tegar dan kaki putar alam yang cukup hebat!
Pembohong – Anwar berjanji akan berundur dan bersara daripada dunia politik dan menjadi pensyarah jika ditolak rakyat dalam PRU-13. Bukan sahaja dia tidak menunaikan janji, malah diheretnya rakyat ke politik jalanan demi memuaskan nafsunya ke Putrajaya!
Putar belit – Anwar memutar-belit fakta dengan menggunakan isu ‘undi popular’ sebagai alasan untuk mendakwa sebenarnya dia dan pembangkang DAP-PKR-PAS yang menang dalam PRU-13; sedangkan hakikatnya Malaysia mengamalkan sistem PRU menurut konstituensi berdasarkan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, bukan berdasarkan jumlah undi keseluruhan yang diperolehi!
Kepada Anwar, hentikan politik pembohongan dan putar-belit ini! Berundurlah secara terhormat sebelum dihalau oleh rakyat secara tidak terhormat!
Wallahua’lam dan wassalam.
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
17 Rejab 1434
27 Mei 2013
- BN memperolehi undi popular paling banyak iaitu 46.53% atau 5,237,699;
- PKR kedua dengan 20.03% atau 2,254,328;
- DAP tempat ketiga dengan 15.42% atau 1,736,267;
- PAS tempat keempat dengan 14.51% atau 1,633,389;
- Parti-parti lain & Bebas di tempat kelima dengan 1.71% atau 192,904;
- Undi rosak pula adalah sebanyak 1.8% atau 202,560.
DAP-PKR-PAS bertanding berasingan menggunakan lambang masing-masing; yang tertera diatas kertas undi ialah lambang Roket (DAP)-Bulan(PAS)-Mata Satu (PKR); langsung tidak ada lambang bersama pembangkang;
Ada konstituensi dimana berlaku pertandingan sesama sendiri diantara DAP-PKR-PAS; saperti Sg Aceh, Kota Damansara dan lain-lain;
Gabungan DAP-PKR-PAS sebagai Pakatan Rakyat tidak ujud dalam PRU-13 ini, malah ia sebuah badan yang tidak berdaftar dan tidak bertanding atas lambang sendiri pun!
Rumusannya ialah jika menggunakan kaedah undi popular sebagai kayu pengukur kemenangan dalam PRU-13, sebenarnya BN memperolehi undi terbanyak berbanding dengan tiga parti utama lain iatu DAP, PKR mahupun PAS!
Sewajarnya BN memenangi PRU-13, dan membentuk Kerajaan Persekutuan!
2. KENAPA DAP MENDAPAT 38 KERUSI?
Kalau mengikut logik Anwar bahawa undi popular sepatutnya menentukan jumlah kerusi, maka urutan jumlah kerusi sepatutnya saperti berikut:
- BN dengan 46.53% undi sebanyak 103 kerusi (sebenarnya 133 kerusi);
- PKR dengan 20.03% undi sebanyak 45 kerusi (sebenarnya 30 kerusi);
- DAP dengan 15.42% undi sebanyak 34 kerusi (sebenarnya 38 kerusi);
- PAS dengan 14.51% undi sebanyak 32 kerusi (sebenarnya 21 kerusi);
- Bebas dengan 1.71% undi sebanyak 4 kerusi (sebenarnya tiada kerusi);
- Undi rosak sebanyak 1.8% mewakili 4 kerusi.
Sedangkan PKR yang memperolehi undi popular kedua selepas BN sebanyak 20.03% hanya memperolehi 30 kerusi ditempat ketiga!
Mengapa Anwar tidak menjerit melalak mendesak kerusi DAP dikurangkan sebanyak 4 kerusi kepada 34 kerusi daripada 38 kerusi yang sebenarnya dimenangi oleh DAP?
Jawapannya mudah. Anwar sekadar memutar-belit fakta yang hanya menguntungkan dia dari segi politik. Tetapi yang kena batang hidung sendiri, dia sepi membisu sebagaimana dia membisu tentang dimana jam Omega yang ditemui Datuk Eskay dalam peristiwa China-Doll!
3. UNDI POPULAR ANWAR MAKIN MEROSOT
Sekarang mari kita lihat prestasi politik Anwar dalam beberapa pilihanraya umum sebelum PRU-13. Kita akan dapati undi popular Anwar semakin lama semakin merosot!
Kerusi Parlimen P.044 Permatang Pauh
PRU
|
JAWATAN
|
PARTI
|
LAWAN
|
MAJORITI
|
1990
PRU-08
|
Menteri
|
BN
|
Mahfuz Omar
PAS
|
16,150
|
1995
PRU-09
|
Timb Perdana Menteri
|
BN
|
Abd. Rahman
(DAP)
|
23,515
|
2008
PRK-12
|
Penasihat PKR
|
PKR
|
Dato’ Arif Shah
(BN)
|
15,671
|
2013
PRU-13
|
Ketua Pembangkang
|
PKR
|
Dr. Mazlan
(BN)
|
11,721
|
Kita dapat melihat dengan jelas sebenarnya undi popular Anwar semakin merudum sejak keluar daripada Barisan Nasional. Semasa bertanding dalam PRU-08, Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan bertanding sebagai calon BN menentang calon PAS Mahfuz Omar. Anwar memperolehi majoriti yang agak besar sebanyak 16,150.
Dan majoriti Anwar semakin meningkat dalam PRU-09 semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Anwar berjaya menewaskan calon pembangkang DAP Abdul Rahman Manap dengan majoriti sebanyak 23,515, iaitu meningkat sebanyak 7,365.
Anwar tidak bertanding dalam PRU-10 (1999), PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008) kerana menjalani hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan surat sumpah palsu daripada Umi Hafilda dan mangsa liwatnya yang juga pemandunya Azizan Abu Bakar.
Apabila Anwar layak bertanding, maka kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU-12 telah dikosongkan. Buat pertama kalinya setelah 16 tahun bertanding dibawah lambang BN, kali ini Anwar sebagai Penasihat PKR bertanding didalam Pilihanraya Kecil dibawah lambang Satu-mata PKR.
Anwar memenangi PRK tersebut pada bulan Ogos 2008 menentang calon BN iaitu Dato’ Arif Shah. Namun majoriti Anwar merosot kepada 15,671; iaitu kurang 7,844 daripada kemenangan terakhir Anwar sebagai calon BN dalam PRU-09 (1995).
Dalam PRU-13 pada 05.05.2013, Anwar sekali lagi sebagai Ketua Pembangkang bertanding kerusi P.044 Permatang Pauh menggunakan lambang Satu-Mata PKR menentang calon BN iaitu Dr. Mazlan Ismail. Anwar menang dengan majoriti makin merosot sebanyak 11,721; iaitu berkurangan sebanyak 3,950 berbanding PRK 2008. Dan berkurangan sebanyak 11,794 undi berbanding dengan PRU-09 semasa bertanding sebagai calon BN.
Apa makna semua ini?
Maknanya undi popular Anwar sendiri dikerusi tradisionalnya makin merosot dan merudum. Malah saya berani katakan hanya semasa bertanding sebagai calon BN majoriti Anwar begitu besar berbanding bertanding sebagai calon PKR.
Jadi kalau undi popular dia sendiri pun makin merosot dan merudum, Anwar tiada sebarang alasan moral mahupun politik untuk mendabik dada menyatakan gabungan tak-sah pembangkang telah menang undi popular untuk melayakkan dia menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7!
4. UNDI POPULAR NAJIB MENINGKAT
Sebaliknya kalau kita melihat prestasi Dato’ Sri Najib, kita akan nampak jelas peningkatan undi popular beliau. Daripada hampir tewas dalam PRU-10 (1999) dengan hanya mendapat majoriti sebanyak 241 undi, tetapi kemudiannya atas khidmat dan usaha gigih, majoriti kemenangan Najib meningkat dengan mendadak.
PRU
|
PARTI
|
JAWATAN
|
MAJORITI
|
2004
(PRU-11)
|
BN
|
Timbalan Perdana Menteri
|
22,922
|
2008
(PRU-12)
|
BN
|
Timbalan Perdana Menteri
|
24,464
|
2013
(PRU-13)
|
BN
|
Perdana Menteri
|
35,613