Jika dilihat pada pecahan mengikut negeri, ternyata gerak kerja DAP tersusun kerana mensasarkan negeri CHINESE BELT seperti Johor, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur. Lebih menyedihkan bila lihat GERAKAN hanya mendaftarkan seramai 471 orang pengundi dalam masa 6 bulan.
Tidak salah kalau MyMassa katakan Tsunami Cina berlaku kerana gerak kerja yang tersusun serta usaha politik yang jitu daripada DAP berbanding MCA dan GERAKAN.
Kenapa MyMassa kata MCA dan GERAKAN buat majik kepada YAB PM? Kerana bagi MCA dan GERAKAN, membodek DS Najib dengan program-program MEGA yang tidak mempunyai impak pada kertas undi lebih penting daripada melaksanakan gerak kerja akar umbi politik seperti mendaftarkan pengundi dan kenalpasti blok pengundi di satu kawasan pilihan raya.
Progam BODEK MEGA anjuran MCA di Pelabuhan Klang yang tidak memberikan impak yang sepatutnya.
Politik adalah permainan angka. Siapa yang lebih banyak akan menjadi pemenang walaupun dengan satu undi. DAP dengan penuh iltizam cuba mendaftarkan seberapa ramai pengundi yang berpihak kepada mereka. Mereka juga membuat perpindahan pengundi dari kawasan yang mereka menang dengan majoriti yang besar kepada kawasan sasaran mereka.
Rakan dari Johor memaklumkan bahawa DAP telah bersedia dengan lebih 10,000 pengundi baru (sama ada didaftarkan / pindah pengundi) di Gelang Patah yang membantu memenangkan Lim Kit Siang.
Sudah tiba masanya parti komponen Barisan Nasional serius untuk melaksanakan program-program politik yang memberikan impak. Kurangkan tumpuan seketika kepada program-program kebajikan seperti tolong mangsa ALONG, bawa balik rakyat Malaysia yang terperangkap di luar negara atau program-program lain yang lebih memberikan publisiti.

Tumpukan kepada program pendaftaran pengundi baru, kenalpasti blok pengundi yang menyokong kita dan 'kepung' mereka daripada program jamuan mega yang kita sendiri tidak kenal siapa yang hadir sama ada pengundi tempatan atau orang luar. Beri tumpuan kepada kawasan putih dan kelabu.
Bagi program-program kebajikan, tinggalkan kepada wakil rakyat pakatan pembangkang yang telah pengundi pilih. Sebagai contoh di Selangor, ketika banjir kilat berlaku, pemimpin BN yang kehadapan dan bersungguh-sungguh membantu rakyat. Wakil rakyat pakatan boleh goyang kaki. Tetapi bila tiba masa mengundi, jasa pemimpin BN dilupakan dan undi tetap kepada calon pakatan.
Untuk negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, MyMassa sokong cadangan untuk tutup pusat khidmat masyarakat BN dan biarkan wakil rakyat pakatan yang buat kerja menyelesaikan masalah rakyat. Apa guna gaji dan elaun pemimpin pakatan kalau orang lain yang buat kerja untuk mereka?
MyMassa harap teguran ini dilihat dari sudut positif. MyMassa bukan nak hentam tapi berasa sedih bila tengok GERAKAN hanya mendaftarkan 471 orang (kurang 500 orang) dalam masa 6 bulan. Walaupun pernah mengetuai Kerajaan Pulau Pinang, GERAKAN hanya berjaya daftar 48 orang di negeri tersebut (bersamaan 8 orang sebulan).
Bila susah cari pemimpin BN. Masa mengundi pangkah pakatan.

Jika pendedahan MyMassa ini tidak tepat, MyMassa harap parti yang berkenaan isytiharkan secara rasmi berapa sebenarnya pengundi yang telah mereka daftarkan sepanjang 5 tahun. MyMassa juga berharap media arus perdana mendapatkan statistik pendaftaran pengundi mengikut parti politik dari SPR supaya kita tahu siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya pandai cakap dan memberikan cadangan.
*Apa yang MyMassa nukilkan di sini adalah berinspirasikan komen Tun Daim Zainuddin mengenai strategi salah parti komponen BN menghadapi pilihan raya. Kepada pembaca yang berminat, boleh membacanya di sini : http://www.mole.my/node/20459

+ comments + 1 comments
Aku dah cerita benda ni dari tahu 2010 lagi. Ada sesapa yang kisah?
http://tendangterajang.blogspot.com/2010/04/mca-mic-gerakan-liabiliti-umno.html