[TERKINI] CALON PKR #N41 RODZIAH ISMAIL PUNCA 150 AHLI PKR SHAH ALAM KELUAR PARTI!!! #PRU13 #SayangiSelangor

Tuesday 30 April 20130 comments


Sebanyak 150 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Padang Jawa hari ini mengumumkan keluar parti setelah merasakan kebajikan mereka diabaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail semenjak beliau berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12.

R. Pachiappan, 64, yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, sebelum ini, dia merupakan penyokong kuat PKR dan pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Shah Alam serta Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sejak 2008.

Namun katanya, dia dan rakan-rakannya mengambil keputusan keluar daripada parti bagi menyertai MIC setelah mendapati kepimpinan PKR gagal menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi masyarakat kaum India di kawasan DUN Batu Tiga.

''Banyak masalah kaum India di sini saya adukan kepada beliau (Rodziah) untuk diselesaikan tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya sehingga kini.

''Saya juga menuntut beliau memenuhi janji semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 tetapi dia cakap kepada saya, 2008 punya cerita, jangan disebut-sebut lagi," katanya.


UNDILAH CALON BN N41 BATU TIGA, AHMAD NAWAWI M.ZIN

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger