[TERKINI] DR. RAMLAN MAT SAHRI TINGGALKAN PKR, TAMPARAN BUAT CALON PKR #N.09!!! #SayangiSelangor #PRU13

Tuesday, 30 April 20130 comments


Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat semakin goyah apabila 360 penyokong mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO secara beramai-ramai hari ini.

Kesemua mereka yang merupakan penyokong PKR Cabang Kuala Selangor itu bertindak menyerahkan borang keahlian mereka kepada Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Selangor, Ishak Baharom sekali gus menyaksikan pembukaan cawangan baharu UMNO di Pekan Ijok, di sini.

Pengerusi Penaja UMNO Cawangan Pekan Ijok, Dr. Ramlan Mat Sahri berkata, penyertaan mereka ke dalam UMNO adalah kehendak sendiri ekoran tidak lagi yakin kepada pakatan pembangkang yang telah membawa banyak masalah kepada rakyat khususnya di kawasan Ijok.

Beliau yang juga bekas ahli PKR dan merupakan abang kepada calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang, Mohd. Yahya Sahri, turut menyifatkan pakatan pembangkang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat.

"Di Ijok ini, Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) adalah wakil rakyat. Bila rakyat ada masalah, dia buat tak tahu.

"Kita akui tersilap pilih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008. Disebabkan pilih mereka, rakyat Selangor termasuk di Ijok yang menerima malapetaka," katanya di hadapan lebih 100 penyokong Barisan Nasional (BN) di pekan Ijok, di sini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar; calon BN DUN Ijok, K.R. Parthiban dan Yang Dipertua Kongres Melayu Nusantara, Datuk Tengku Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin.

Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger