[TERKINI] KHALID SAMAD SEMAKIN TERTEKAN!!! #PRU13 #P108 #SayangiSelangor

Tuesday 30 April 20130 comments


Calon Barisan Nasional (BN) Shah Alam Datuk Zulkifli Noordin sekali lagi memohon maaf kepada masyarakat India namun mengingatkan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat menzalimi kaum itu dengan merobohkan kuil dan mengabaikan kebajikan mereka.

Ketika dalam PAS kira-kira 10 tahun lalu, Zulkifli pernah mengeluarkan kata-kata menghina agama kaum India dan mengakui beliau amat kesal kerana bertindak demikian.

“Saya bila diberitahu telah bercakap salah. Itu orang India sudah rasa hati. Saya terus cakap sorry, saya sudah silap, saya minta maaf,” kata Zulkifli pada majlis ramah mesra dengan masyarakat kaum India di sini malam tadi.

“Tetapi kalau saudara marahkan saya kerana kenyataan itu, saudara (juga) kena marah kepada kerajaan PKR, DAP dan PAS yang hina kaum India, agama Hindu dengan lebih teruk,” kata beliau.

“Merobohkan kuil di dalam rumah orang. Meruntuhkan kuil berusia 124 tahun di negeri Selangor itu adalah lebih menghinakan,” katanya merujuk kepada sebuah kuil India yang dirobohkan oleh kerajaan Selangor Oktober lalu.

Pengerusi Biro Aduan PKR S. Manikavasagam sebelum ini mendedahan tujuh notis perobohan kuil Hindu dikeluarkan iaitu tiga di Kapar, dan satu di Jeram serta Kajang, sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

Sejak 2008, sebanyak 7 buah kuil dirobohkan di negeri itu, meskipun kerajaan negeri PKR memberi jaminan amalan itu akan diberhentikan.

Zulkifli mengakui bahawa ketika dalam pembangkang, pendatang baru seperti beliau mudah cenderung ke arah politik rasis.

“Saya dah sebut di banyak tempat. Saya amalkan politik pelampau, politik ekstrim, politik rasis, chauvinis, kerana pembangkang DAP, PKR, PAS ajar kita macam tu," kata beliau.

“Bukan sahaja rasis, chauvinis terhadap kaum India, tetapi terhadap kaum sendiri. Kita orang Melayu dalam pembangkang diajar benci kaum sendiri,” katanya di majlis anjuran Persatuan Kebajikan dan Kesejahteraan Insan Petaling Selangor.

Hanya selepas beralih ke BN dua tahun lalu, Zulkifli berkata beliau sedar keperluan masyarakat berbilang kaum dan agama boleh hidup bersama dengan harmoni di negara ini.

Zulkifli menjadi ahli parlimen Bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.


UNDILAH CALON BN P108 SHAH ALAM, DATUK ZULKIFLI NORDIN

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger