[PANAS] : BENARKAH MAT TAIB AKAN SERTAI PAS!!?

Saturday 13 April 20130 comments


SHAH ALAM – “Saya belum bersedia membuat apa- apa komen mengenai khabar itu,” kata bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita bahawa beliaulah bekas menteri besar yang dikatakan akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedahkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin baru-baru ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Mohammad enggan mengulas lanjut ketika ditemui di majlis perkahwinan anak lelakinya, Ahmady Karimy Muhammad bersama pasangan Sharifah Aneeza Syed Hussein di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Ujarnya, beliau tidak pernah buat sebarang kenyataan mengenai perkara itu (masuk Pas).

“Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai memasuki Pas,” katanya ringkas kerana sibuk melayan tetamu di majlis perkahwinan tersebut.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger