[PRU13] BIMBANG KALAH! KHALID IBRAHIM BUAT KEPUTUSAN MENGEJUT!!! #SayangiSelangor

Sunday 14 April 20131comments


SHAH ALAM - Akibat gagal memberi tumpuan kepada kawasan Ijok sepanjang penggal 2008-2013, penyandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding di kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Pengumuman tidak rasmi itu dibuat Khalid dalam laman Twitter mendakwa pucuk pimpinan PKR mahukan calon "heavyweight" untuk menyakinkan pengundi Pelabuhan Klang selepas insiden lompat parti oleh bekas PKR Badrul Hisham Abdullah.

Beliau turut mencadangkan seorang doktor pakar yang juga anak jati Jawa Ijok, Dr Idris sebagai calon PKR bagi menggantikan beliau.

"Pucuk pimpinan PKR harapkan calon "heavyweight" untuk yakinkan pengundi Pelabuhan Klang dan saya diberi amanat pimpinan seperti saya bertanding di sana.

"Saya akan berjumpa dgn penyokong di Pelabuhan Klang esok dan jika mereka sokong saya bertanding, saya akan usahakan kejayaan leih besar untuk PR. Saya harap penyokong Ijok terus sokong calon yg dipersetujui pimpinan. Saya ucap terima kasih banyak atas segala sokongan dan pertolongan mereka," memetik kenyataan beliau.

Penduduk Ijok sebelum ini merungut terhadap sikap Khalid yang tidak turun padang bertemu masyarakat di kawasannya. Kebimbangan turut disuarakan oleh kepimpinan PKR negeri.

Malah kedudukan beliau sebagai menteri besar belum terjamin apabila Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa Khalid bukan calon tunggal kerana masih ramai individu lain yang berkredibiliti.



Share this article :

+ comments + 1 comments

14 April 2013 at 11:05

sepenggal bersama Pakatan sudah cukup untuk buat penilaian.

TOLAK Pakatan.
PILIH Barisan.

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger