[TERKINI] : (12 MAC) LAPORAN SEMASA DI LAHAD DATU!!!

Tuesday 12 March 20130 comments


LAHAD DATU - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata tiada pertempuran terbaru antara pasukan keselamatan dan pengganas di Kampung Tanjung Batu berdekatan Kampung Tanduo dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Ops Daulat di sini, sebentar tadi.

Jelasnya, keadaan di Semporna dan Kg. Simunul telah pulih dan selamat daripada ancaman pihak pengganas selepas operasi memburu dan pembersihan dilakukan oleh pasukan khas polis.

Setakat ini, sejumlah 23 mayat pengganas telah dibawa keluar selepas satu mayat lagi dibawa keluar pada semalam di Kampung Tg. Batu.

Hamzah turut mengesahkan seorang pengganas berpangkat Jeneral yang terkorban adalah Komander Hj. Musa berdasarkan pakaiannya.

Mayat yang sudah reput itu dibawa ke hospital dan proses bedah siasat akan dilakukan oleh pakar patologi yang diketuai Datuk Dr. Zahari noor dari Hospital Pulau Pinang.

Beliau turut memberitahu, sekumpulan anggota unit Forensik PDRM diketuai, Dr Marzuki telah kembali semula ke kubur di mana 9 mayat pengganas ditemui sebelum ini.

Hasil siasatan, mereka menjumpai 15 mayat pengganas melebihi dari angka sebelumnya.

Turut ditemui, sebuah lagi kubur bersebelahan dengan kubur pertama.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger