[TERKINI] : SEORANG ANGGOTA KESELAMATAN GUGUR!!! AL-FATIHAH

Tuesday 12 March 20130 comments


LAHAD DATU - Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini Selasa.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.

"Seorang anggota keselamatan gugur," katanya.

Zulkifli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Jenazah prebet Ahmad Hurairah Ismail akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau pukul 4 pagi esok, dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pukul 8 pagi.

Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Zulkifli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger