[GILA] : VIDEO BAPA SAIFUL RAYU ANWAR BERSUMPAH LAKNAT!!! APA SUDAH JADI???

Tuesday, 12 March 20130 comments


Bapa Saiful, Azlan Mohd. Lazim, suatu ketika dahulu pernah mencabar Anwar Ibrahim untuk bersumpah laknat bagi menafikan dirinya (Anwar Ibrahim) meliwat Saiful.

Azlan ketika itu bersungguh-sungguh membela nasib anaknya itu.

Malangnya baru-baru ini, bapa Saiful telah mengkhianati anaknya sendiri yang telah menderita akibat menanggung malu kerana mendedahkan kejahatan Anwar Ibrahim.

Beliau sebaliknya mendakwa Kes Liwat II adalah konspirasi. Pada kelmarin, Azlan di hadapan pemimpin pakatan haram telah mengisi borang untuk menyertai pakatan haram.

Tindakan Azlan jelas menimbulkan banyak persoalan dan mengelirukan rakyat! Apatah lagi dakwaan itu datang ketika nama Anwar Ibrahim dikaitkan dengan percerobohan di Lahad Datu.

Persoalan besar di sini adalah, kenapa Azlan (bapa Saiful) enggan bersumpah laknat mengaku bahawa Kes Liwat II adalah satu konspirasi, sedangkan beliau antara yang lantang mencabar Anwar Ibrahim untuk bersumpah laknat sebelum ini?

Percayalah, kalau Azlan bersumpah laknat, rakyat keseluruhannya pasti mempercayai Kes Liwat adalah konspirasi. Bukankah ini peluang Anwar Ibrahim dan pakatan haram meyakinkan rakyat sekaligus membantu menakluk Putrajaya?

Kenapa takut? Mungkin masih ada sedikit iman dan kepercayaan kepada Allah kerana takut hukuman Allah kelak?

Walaubagaimanapun, penulis kagum dengan semangat dan keikhlasan Saiful berhadapan dengan ujian ini. Beliau sentiasa istiqamah dan percaya balasan Allah terhadap perbuatan Anwar Ibrahim.

Yakinlah Saiful, Allah sentiasa menduga kita sebelum memberi nikmatnya kemudian. Semoga Allah membalas perngorbanan besar-mu itu.

Kepada bapa Saiful, pilihlah antara nikmat dunia dan akhirat!!!


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger