[TERKINI] : DUA DATUK 'SULU' DITAHAN!!!

Tuesday 12 March 20130 comments


KAJANG - Ketika negara dikejutkan dengan pencerobohan pengganas Sulu di Sabah, lain pula berlaku di sini apabila dua kumpulan diketuai dua lelaki yang dikurniakan gelaran 'Datuk' oleh kesultanan Sulu bergaduh sesama sendiri di sebuah restoran di Teras Jernang, Bangi di sini kelmarin.

Pergaduhan melibatkan 20 lelaki bersenjatakan parang berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika dua 'Datuk' berkenaan bersama pengikut masing-masing datang ke restoran tersebut untuk berbincang mengenai status satu projek di Sungai Merab, Sepang, yang terbengkalai.

Kedua-dua 'Datuk' yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu, masing-masing aktif dalam dunia politik dan perniagaan pelancongan.

Bagaimanapun, perbincangan yang mulanya berlangsung secara aman tiba-tiba menjadi tegang seterusnya melibatkan pergaduhan sehingga tiga daripada mereka cedera akibat ditetak dan terpaksa dikejarkan di Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, menurut laporan Bernama, 12 individu termasuk dua wanita ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan berkumpulan di restoran itu.

Laporan itu memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab, dalam kejadian itu, dua lelaki yang merupakan ahli perniagaan bersama isteri masing-masing dikatakan berbincang mengenai sebuah projek pembinaan sebelum berlaku pergaduhan akibat rasa tidak puah hati.

"Mereka kemudian memanggil kumpulan masing-masing seramai 15 orang sebelum tercetus pergaduhan menggunakan senjata tajam serta membaling kerusi dan meja makan di restoran itu.

"Dalam pergaduhan 15 minit itu, tiga lelaki cedera dan ada yang ditetak di kepala," katanya. (gambar sekadar hiasan)
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger