Perkampungan lengkap dengan surau, warung dan kedai runcit itu dihuni oleh warga Indonesia sejak setahun lalu dikenakan tindakan selepas notis dikeluarkan Pejabat Tanah Daerah Petaling sejak Oktober lalu.
Ketua operasi yang juga Pengarah Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Abdul Hakim Mahmud berkata, tindakan roboh dibuat serta-merta berikutan pihaknya turut menerima aduan daripada penduduk setempat yang kurang senang dengan penempatan di tengah-tengah kawasan perumahan itu.
Menurutnya operasi bersepadu MBSA, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Pejabat Tanah Petaling, polis dan Jabatan Imigresen Selangor turut memeriksa 180 warga asing yang menghuni di situ.
“Ramai antara mereka yang tiada dokumen sempat lari berdasarkan keadaan rumah yang ditinggalkan selepas pihak kami tiba. Kebanyakkan mereka bekerja sebagai buruh binaan.
“Ini adalah kawasan tanah rizab kerajaan, memang tidak boleh didirikan apa-apa binaan, kita akan pantau isu seperti ini di seluruh Shah Alam melalui unit khas yang akan ditubuhkan kelak,” katanya.