Nampaknya usaha yang dijalankan untuk menarik minat mahasiswa kepada politik Malaysia yang berteraskan kemajuan dan kepentingan rakyat telahpun mendapat perhatian mahasiswa Malaysia, rata rata pelajar pelajar kita lebih cenderung kepada politik yang bersih serta telus seperti diamalkan Barisan Nasional.
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak paling popular dalam kalangan mahasiswa dan lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding pemimpin pakatan pembangkang.
Ini berdasarkan kaji selidik Yayasan Ehwal Siswazah (YES) bertajuk Kajian Maklum Balas Pengundi Mahasiswa membabitkan 3,000 responden dari tiga universiti, bulan lalu.
Tiga universiti itu ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pengerusi YES, Datuk Mohd Radzi Abd Latif, berkata 57 peratus mahasiswa yang menyertai kaji selidik itu menyenangi kepemimpinan Perdana Menteri dengan pecahan UKM sebanyak 75.1 peratus, UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus).
SUMBER BERITA HARIAN 1 FEBRUARI 2013
untuk lebih lanjut sila like pages ini