[TERKINI] : KERAJAAN SELANGOR DIDESAK TUNAI JANJI ISU PERUMAHAN ANAK MUDA!

Friday 11 January 20131comments


PANDAN JAYA - Kerajaan Selangor semalam didesak untuk menunaikan manifesto yang telah dibuat kepada rakyat semasa pilihan raya umum lepas berhubung isu perumahan anak muda di negeri ini.

Pengerusi Sekreteriat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi, mendesak agar kerajaan negeri itu di bawah pimpinan menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar menunaikan janji yang telah diberikan kepada rakyat.

"Kita mendesak agar kerajaan negeri Selangor memperbaiki dasar polisi untuk anak-anak muda di negeri ini terutamanya sakan isu perumahan ini.

"Dimanakah rumah kos rendah yang dimaksudkan itu? Adakah itu adalah rumah kos rendah ketika zaman Barisan Nasional (BN) ataupun itu adalah rumah dengan polisi serta dasar mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan perumahan di Pandan Jaya di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah barisan kepimpinan anak muda kawasan Parlimen Pandan.

Budiman turut mempersoalkan mengenai kenyataan kepimpinan negeri Selangor bahawa telah membina sebanyak 1, 510 buah rumah di daerah Hulu Langat.

"Warga Selangor sudah melihat sendiri dalam iklan mereka (kerajaan negeri) tentang jumlah perumahan untuk anak muda iaitu sebanyak 1, 510 rumah kos rendah, tetapi dimana rumah-rumah ini?," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut berharap agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kembali kepada objektif asal sebagai badan yang membina rumah murah.

"Kita merayu kepada PKNS untuk kembali sebagai pembina rumah rumah kerana peranan itu sudah tiada lagi kini," ujarnya.



Share this article :

+ comments + 1 comments

13 January 2013 at 14:59

Serang derang budiman, go go go. Caya lah budi, ehh hajah rindu la nak bt program kat opis kita hehehe

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger