PENDUDUK SHAH ALAM BAKAL JADI JUTAWAN SEGERA!!!

Friday, 11 January 20133comments


SHAH ALAM - Penduduk di perumahan teres Jalan Plumbum, Seksyen 7 bakal jadi jutawan segera apabila pihak pengurusan I-City Holding bercadang untuk membeli kediaman mereka.

Kawasan perumahan yang terletak bersebelahan dengan kompleks I-City dikatakan akan dibeli dengan harga RM1.2 juta seunit walaupun harga pasaran hanya bernilai sekitar RM500,000.

Menurut sumber, pihak pengurusan I-City pernah bertemu dengan wakil penduduk menyatakan hasrat pembelian itu. Namun belum ada kata putus dari pemilik rumah.

I-City bercadang untuk membina bangunan komersial dan hotel di kawasan perumahan itu.


Sebelum ini, persatuan penduduk pernah membuat demonstrasi aman membantah pembinaan jalan raya di penampan di belakang kawasan perumahan mereka.

Mereka mendesak pihak berkepentingan terhadap projek itu, iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Bandarayan Shah Alam (MBSA) dan I-City agar menghentikan serta mengkaji semula struktur pembinaan jalan sepanjang 20.12 meter itu yang mereka anggap boleh membahayakan penduduk.


mimr
Share this article :

+ comments + 3 comments

11 January 2013 at 09:48

kalau aku la, secara peribadi, takkan jual. kena lagi kalau kerja pun area tu jugak.

hartanah tetap akan meningkat harganya. mungkin setahun dua lagi akan naik.

11 January 2013 at 16:06

baik jual..beli umah lain...yg lg besar..bengong sapa xnak jual..

13 January 2013 at 19:12

Kesian...mesti dalam dilemmaa

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger