[ISU KALIMAH ALLAH] : PERHIMPUNAN DI MASJID BIRU BUKTI UMAT ISLAM MARAH!!!

Friday 11 January 20131comments





SHAH ALAM - Sokongan beberapa pemimpin pakatan haram seperti Nik Aziz dan Anwar Ibrahim terhadap penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam mendapat bantahan umat Islam di sini hari ini.

Ekoran sikap biadap itu, satu perhimpunan aman diadakan oleh umat Islam di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah bagi menyatakan sokongan terhadap Sultan Selangor yang menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh beberapa NGO di Selangor telah mula berhimpun di pintu masuk utama diraja sebaik sahaja selesai menunaikan solat jumaat.

Antara pemimpin NGO yang hadir adalah Senator Ezam Mohd Nor, Dato Dr Hassan Ali (JATI), Dato Suhaimi Shahdan (GPRS) dan Hamidzun Khairuddin (GAPS).

Dalam ucapan, Hamidzun menyokong penuh titah paduka Sulta Selangor dalam isu kalimah Allah. Beliau turut mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible.

Ezam pula mengajak semua umat Islam supaya berani mempertahankan kalimah Allah. Ujarnya, perhimpunan ini jelas membuktikan bahawa umat Islam tidak rela membiarkan agama dilacurkan seperti yang dilakukan beberapa pemimpin pakatan haram.

Sebelum ini, dalam ucapan Lim Guan Eng ketika sambutan 'Cristmas' mengulangi supaya kalimah Allah digunakan dalam kitab bible. Kenyataan itu turut mendapat sokongan beberapa pemimpin pakatan haram yang beragama Islam seperti Nik Abdul Aziz, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim.

Namun, tindakan bodoh mereka turut mendapat tentangan beberapa pemimpin yang lain seperti Dato' Harun Din dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.


mimr
Share this article :

+ comments + 1 comments

13 January 2013 at 15:01

Pihak KDN x boleh luluskan cetakan bible bahasa melayu ni. Jgn takut dgn desakan derang tu

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger