TANDA-TANDA KARPAL SUDAH NYANYOK!!?

Monday 24 December 20120 comments


GEORGETOWN - Dua pemimpin DAP bakal dikenakan tindakan disiplin apabila didakwa melanggar prinsip parti dengan bersetuju menerima anugerah 'Datuk' ketika tempoh perkhidmatan dalam parti.
Pemimpin tersebut adalah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, mengikut prinsip yang dipersetujui oleh ahli-ahli parti sejak tahun 90-an, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen tidak dibenarkan menerima sebarang anugerah 'Datuk" daripada mana-mana pemerintah negeri.

"Mulai sekarang, parti itu akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang tidak mengikut peraturan ini," katanya, sambil menambah bahawa bentuk hukuman akan diputuskan oleh lembaga disiplin parti itu selepas suatu pendengaran.

Ngeh telah dianugerahkan gelaran pada tahun 2008 manakala Teng menerima gelaran Datuk dari Sultan Selangor pada tahun 2010.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger