DATUK FAUZI MENYESAL SERTAI PAS!!? PADAN MUKA!!!

Tuesday 25 December 20120 comments


Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari didakwa menyesal menyertai PAS, parti yang disertai kira-kira tujuh bulan lalu dakwa blog robinhoodtanahmelayu.blogspot.com.

“Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS,”lapor blog yang memetik kata-kata yang didakwanya diucap Fauzi.

Fauzi menyertai PAS pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping dan majlis penyerahan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Isu bersumpah baiah merupakan satu kewajipan kepada setiap ahli PAS yang dipilih menjadi calonpilihanraya, di mana Fauzi telah disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebagai calon PAS di Parlimen Larut.

Sebelum ini, Sinar Harian, 8 Disember melaporkan kira-kira 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama nekad tidak keluar mengundi pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ekoran pertukaran calon selepas Fauzi dipilih menjadi calon.

Pemilihan Fauzi yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada PRU13 menjadi punca ahli akar umbi mula bertelagah kerana calon-calon yang dipersetujui peringkat awal (sebelum kemasukan Fauzi) terpaksa dirombak semula.

Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.

Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger