TANDA-TANDA SELANGOR BAKAL KEMBALI KE TANGAN BN!!!

Monday 24 December 20120 comments


KLANG - Dijangkakan lebih 5,000 rakyat Selangor bakal menyertai Barisan Nasional (BN) pada Karnival Sayangi Selangor, 29 Disember ini.

Menurut Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed kesemua penyokong akan menyertai parti itu melalui beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah 'BN Friendly Club'.

"Kita dapat ramai permohonan daripada NGO-NGO di bawah 'BN Friendly' yang yakin kepada BN dan mahu menyertai BN.

"5,000 ini dijangka akan menyertai BN semasa Karnival Sayangi Selangor nanti," katanya di sidang media selepas hadir meraikan Ulang tahun ke-11 Kuil Sri Madurai di sini, hari ini.

Karnival Sayangi Selangor akan berlangsung selama tiga hari bermula 29 Disember ini di i-City, Shah Alam.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Sepang berkata, maklum balas positif yang diterima oleh gerakan NGO pro-BN menunjukkan rakyat Selangor semakin yakin dengan kerajaan BN dan bersedia bersama-sama parti itu.

"Gerakan NGO-NGO BN menerima maklum balas yang positif tentang sokongan rakyat negeri ini yang semakin bertambah terhadap BN.

"Mereka ini bersetuju untuk menyertai BN secara direct membership melalui NGO kita," ujarnya.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger