[ISU SALON] : ANWAR KATA PAS KELANTAN BODOH!

Friday, 21 December 20120 comments


PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa kerajaan PAS Kelantan kurang bijak mengendalikan isu kontroversi salun gunting rambut di negeri itu.

Menurut beliau, pengurusan kes yang lemah di peringkat negeri menggambarkan seolah-olah pentadbiran kerajaan PAS tidak sensitif dengan cara kehidupan orang bukan Islam.

Justeru Anwar menyarankan agar kerajaan Kelantan meneliti setiap perundangan yang mahu dikenakan ke atas pengusaha salun.

"Saya setuju. Isu salun ini diuruskan dengan lemah di peringkat kerajaan negeri (Kelantan) sepertimana yang dinyatakan oleh Exco, kita perlu faham cara hidup orang Cina dan Pakatan Rakyat perlu sensitif dengan isu yang melibatkan mereka," katanya pada sidang media hari ini.

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebelum ini dibidas kerana mengambil tindakan saman terhadap pengusaha kedai gunting rambut yang membenarkan pekerja wanitanya yang bukan beragama Islam memotong rambut pelanggan lelaki yang juga bukan beragama Islam.

Setelah dikritik pelbagai pihak termasuk pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat, DAP, Exco Kerajaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan undang-undang berkenaan dibekukan buat sementara waktu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, M Manoharan dipetik sebagai berkata, kerajaan PAS perlu sensitif terhadap perasaan kaum bukan Islam yang menyatakan pendapat tentang tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Kata beliau, PAS tidak perlu mudah tertekan apabila ada pihak lain yang memberitahu tentang kesilapan yang dilakukan.

"PAS tidak perlu berasa tertekan apabila ada pihak yang mengetengahkan kesilapan. Mereka mesti menjadi sanggup menerima," kata Manoharan merujuk kepada kenyataan Takiyuddin yang mendakwa penyokong PAS Kelantan mempunyai "niat buruk" apabila memberi respon mengenai isu tersebut.


Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger