KARNIVAL TERHEBAT BUAT RAKYAT SELANGOR

Friday 21 December 20120 comments


SHAH ALAM - Lebih 500,000 dijangka menghadiri Karnival Sayangi Selangor yang akan berlangsung selama tiga hari di i-City, di sini, bermula 29 Disember ini.

Selain pelbagai program khusus untuk golongan muda, karnival itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk kegiatan riadah seisi keluarga termasuk permainan air, persembahan tarian dan kebudayaan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata aktiviti lain termasuk pertandingan memasak, bayi merangkak, bintang kecil dan pertandingan pakaian muslimah, cheongsam serta sari.

“Terdapat juga pameran daripada agensi kerajaan dan pameran kerjaya daripada badan korporat dan swasta,” katanya di sini


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger