UMNO'S INTERNATIONAL FORUM : MILF MAHU CONTOHI UMNO!!! #PAU2012

Tuesday 27 November 20120 comments


KUALA LUMPUR - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan menjadikan UMNO sebagai inspirasi kepada perjuangan umat Islam di selatan Mindanao, Filipina.

Mengulas lanjut, Murad Ebrahim, Pengerusi MILF berkata, UMNO dahulu hanya sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan dari British. Selepas merdeka, UMNO telah berubah kepada sebuah parti politik yang disegani.

"Kejayaan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang untuk Islam menjadi inspirasi perjuangan kami (MILF) di Mindanao.

"Kami (MILF) sewajarnya belajar dari kejayaan UMNO yang telah berjaya memerintah Malaysia hingga disegani.

"Ini kerana, MILF sedang berubah dari sebuah kumpulan yang menuntut hak orang Islam di Mindanao kepada sebuah parti politik. MILF harus berubah! Dan UMNO adalah inspirasi kami," katanya ketika majlis penutup 'UMNO's International Forum di PWTC.

Dalam pada itu, beliau berkata, MILF masih belum memutuskan untuk berubah kepada parti politik atau menubuhkan parti politik yang baru.

"Dalam tempoh perubahan dan kejayaan rundingan bersama kerajaan Manila baru-baru ini, kami (MILF) akan berusaha keras untuk masa depan yang lebih baik.

Malaysia sebelum ini memainkan peranan yang signifikan dalam perundingan antara MILF dan kerajaan Filipina.

Kejayaan rundingan itu dijangka akan menamatkan konflik 40 tahun yang telah meragut lebih 120,000 nyawa.

Majlis penutup 'UMNO's International Forum' telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Forum dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012.

mimr

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger