Doa yang dibacakan oleh Ustaz Mohd Affandi, wakil Pergerakan Pemuda UMNO, sangat menginsafkan apabila memohon kepada yang Maha Berkuasa supaya melindungi PAS dan terbuka bersama-sama UMNO menyatukan umat Islam di Malaysia.
Suasana sayu menyelubungi Dewan Perdana apabila doa itu dibacakan ketika pembukaan Persidangan Pergerakan Sayap UMNO yang telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Bagi saya doa yang dibacakan adalah doa yang lazim dilakukan mengikut sunah Rasulullah S.A.W, bukan doa meminta musuh apatah lagi hanya musuh politik yang seagama dan sebangsa. Jadi kita mengambil pendekatan kebijaksanaan dan kelembutan dengan tidak mendoakan kehancuran seperti rakan kita yang mendoakan kejahanaman kepada kita.
"Sebaliknya kita mendoakan supaya mereka terbuka hati dan berpadu demi agama kita (Islam). Dan itulah yang telah dilakukan oleh UMNO sejak dahulu lagi berbanding mereka yang sentiasa mendoakan kerosakan kepada musuh politik mereka," kata Datuk Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO ketika sidang media sebentar tadi.
mimr