Taklimat tertutup itu akan dihadiri oleh kira-kira 3,000 pemimpin parti termasuk ketua bahagian dan ketua-ketua sayap, yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Berikutan perhimpunan ini akan menjadi yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang, Najib dijangka menyentuh mengenai isu-isu yang berkaitan agenda pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Tahun ini pihak penganjur telah meningkatkan tahap keselamatan ekoran kejadian sebelum ini di mana ada perwakilan membenarkan orang lain, termasuk kakitangan media menggunakan tag mereka untuk masuk ke dalam dewan taklimat.
Setiap perwakilan pada perhimpunan kali akan menggunakan MyKad sebagai akses untuk memasuki dewan.
Dalam pada itu, pihak penganjur akan memasang 'jammers' di dalam dewan untuk memastikan bahawa tiada butiran taklimat akan dihantar sama ada melalui SMS atau Twitter.
Pada pukul 8 malam, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin secara serentak akan membuka perhimpunan agung Pemuda Umno, Wanita dan Puteri.
Perhimpunan Agung tiga sayap Umno dimulakan pada Rabu, diikuti oleh perhimpunan agung parti itu pada Khamis.

mimr