PILU...suasana sedih menyelubungi ketika jenazah adik Nur Irisyafida Balkis yang mati didera oleh teman lelaki ibu kandungnya dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. |
Cuba fikirkan apa yang dapat adik Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim yang baharu berusia lapan bulan dapat bertindak terhadap kekejaman kekasih ibunya.
Ya, mungkin ada yang berfikiran lebih baik Balkis pergi menyahut panggilan Ilahi daripada menanggung kesakitan yang amat teruk dan tekanan psikologi seumur hidupnya.
Bagi Penulis mungkin itu pilihan yang ada memandangkan Balkis menderita dengan tiga kesan retakan pada tempurung kepala selain patah kaki dan tangan.
Seorang kanak-kanak yang baharu berusia lapan bulan, belum lancar bercakap dan lebih banyak menangis apabila kehendaknya tidak dipenuhi, mustahil mampu memahami penderaan terhadap dirinya.
Apa yang Penulis nampak, tragedi ke atas Balkis dan kanak-kanak kecil sebaya dengannya sebelum ini mempamerkan nafsu gila si pelaku.
Kanak-kanak merupakan golongan yang naif, di mana mereka suka dimanja, dipeluk, dan dicium apatah lagi oleh individu yang rapat dengan mereka.
Tetapi sayang, dalam banyak kes dera hingga mati, ada kala ibu kanak-kanak tersalah pilih teman lelaki untuk dijadikan kekasih.
Banyak kes dera kerana pasangan tiada ciri-ciri sifat kasih dan sayang. Inilah yang terjadi apabila nafsu marah tidak terkawal, kanak-kanak menjadi mangsa mereka.
Bilakah cerita duka sebegini akan berakhir. Paling Penulis kecewa, paling banyak orang Melayu dan Islam yang tergamak melakukan perbuatan itu.
Bilakah cerita duka sebegini akan berakhir. Paling Penulis kecewa, paling banyak orang Melayu dan Islam yang tergamak melakukan perbuatan itu.
Begitu juga kesannya apabila kita membuat keputusan pada piliharan raya akan datang bersandarkan hawa nafsu marah dan kebencian semata-mata.
Sebaliknya, rakyat perlu rasional dan tidak bertindak terburu-buru. Takut menyesal di kemudian hari.
mimr