UMNO CARI 'EJEN 007' UNTUK BANTU PARTI!!!

Sunday 21 October 20120 comments



Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau dan bertindak segera terhadap anggota UMNO yang didapati mengkhianati atau mensabotaj calon BN adalah amaran awal kepada seluruh anggota parti itu supaya berpegang kepada perjuangan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tanggungjawab jawatankuasa itu yang akan bertindak pantas ke atas mereka yang terbabit, jika ada, sudah pasti dapat mengurangkan kesan daripada tindak tanduk mereka itu.

Persetujuan MT untuk melantik seorang ahli di setiap bahagian yang bertanggungjawab memberi laporan kepada jawatankuasa tersebut atau ke ibu pejabat parti serta kaedah saluran yang dibenarkan termasuk secara online dilihat sebagai usaha baru yang akan lebih berkesan.

Kita sedia maklum dalam menghadapi pilihan raya umum sebelum ini, terdapat segelintir ahli parti atas faktor-faktor tertentu menyimpang daripada perjuangan parti dan keadaan itu jika berlaku akan menjejaskan jentera pilihan raya.

Oleh itu amatlah wajar tindakan segera dikenakan ke atas mereka yang terbabit supaya perjuangan UMNO tidak tersasar. Justeru langkah yang diambil oleh kepimpinan parti supaya definisi sabotaj dan mengkhianati parti diberi penghuraian jelas kepada semua ahli amat wajar.

Yang biasa kita dengar terdapat usaha daripada ahli tertentu yang berbuat khianat dengan menghasut supaya menentang calon BN dan jentera parti dalam pelbagai cara. Ia perlu dihentikan.

Penulis berharap ahli-ahli UMNO melihat pembentukan jawatankuasa tersebut sebagai satu usaha pencegahan awal sebarang usaha yang boleh menjejaskan parti semasa pilihan raya. Gunting dalam lipatan perlu dihapuskan!

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger