BERITA GEMBIRA BUAT RAKYAT YANG BELUM ADA RUMAH!!!

Sunday, 21 October 20120 comments



RAKYAT pasti mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk membiayai kos infrastruktur bagi membolehkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah di bawah harga pasaran menerusi model kedua Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA).


Kaedah terbaru menyediakan rumah mampu milik itu akan memberi lebih peluang kepada rakyat memiliki rumah sendiri ketika harga rumah dikatakan mahal di kawasan tertentu seperti di Lembah Klang.

Perkembangan itu membuktikan kerajaan peka kepada kepayahan rakyat dalam usaha membeli dan memiliki rumah sendiri.

Bagi tujuan projek rumah PR1MA, Perdana Menteri menyatakan RM500 juta akan dibelanjakan untuk membina 80,000 rumah di lokasi-lokasi utama di seluruh negara yang dapat disiapkan dalam dua tahun.

Tawaran kerajaan untuk menampung sebahagian kos infrastruktur perumahan itu sewajarnya dapat menarik para pemaju perumahan untuk terlibat dalam pembangunan projek berkenaan.

Apa yang penting, sumbangan kerajaan dalam hal tersebut dapat memastikan harga rumah lebih rendah daripada harga pasaran supaya lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah sendiri.

Sudah tentu komitmen para pemaju perumahan amat penting dalam menjayakan gagasan tersebut. Mereka perlu bergandingan tangan dengan kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas tersebut supaya dapat dipasarkan pada kadar harga yang menarik.


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger