PKR SIASAT MANSOR KERANA GELAR GUAN ENG 'TOKONG'!!!

Thursday, 27 September 20121comments

Semalam tersiar pembohongan oleh Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tentang perbualan sulit ketika mesyuarat strategi PKR Pulau Pinang. Beliau sebelum ini menafikan mengutuk Lim Guan Eng dalam mesyuarat itu telah mengandaikan salah seorang ahli mesyuarat telah mengkhianatinya.


KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin PKR telah memulakan siasatan terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berhubung dakwaan menggelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai sombong dan angkuh.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan itu dijalankan oleh lembaga disiplin namun setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung isu berkenaan.

“Siasatan dalaman sedang dijalankan, sama ada terdapat unsur-unsur sabotaj parti, dan jika perkara ini berlaku kami tidak teragak-agak untuk ambil tindakan. Kita serahkan kepada lembaga disiplin jalankan siasatan dan tunggu laporan dari mereka sebelum tindakan diambil," katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rakaman percakapan Mansor didedahkan menerusi laporan berita sebuah televisyen swasta yang dirakam secara sulit, dipercayai suara dan keluhan Mansor terhadap DAP yang didakwa semakin bongkak setelah menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Mansor dikatakan membuat kenyataan tersebut apabila ditanya berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang ditandingi PKR pada Mesyuarat Strategik parti April lalu.

Mansor sebelum ini dalam satu sidang media, menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Guan Eng seperti mana dilaporkan media.

Namun, beliau akui menggunakan perkataan ‘tokong’ sebagai gelaran kepada Guan Eng yang mendapat sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR tidak membenarkan adanya unsur sabotaj dalam parti.

Beliau berkata, PKR menghormati kebebasan bersuara setiap ahlinya, tetapi masih ada batasan. - Sinar

mimr
Share this article :

+ comments + 1 comments

28 September 2012 at 08:38

The Art-Of-War in politic... masing-masing ada sepai-menyepai kekeke... tak faham?... James Bond la hahaha...

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger