Sudah pasti rakyat menanti dengan penuh debaran menagih berita gembira dari Perdana Menteri petang ini.Ternyata pandangan umum berpandangan bahawa sama ada suka atau tidak, Bajet 2013 tidak boleh lari daripada persepsi ia adalah "bajet pilihan raya."
Tanpa segan silu, Pakatan Haram turut mengetengahkan bajet mereka yang kononnya lebih realistik dalam membela rakyat yang dihimpit masalah kehidupan. Tawaran mereka dalam bajet alternatif nampak menarik sekali pandang, namun jika diteliti secara halus, bajet itu akan menjadi satu beban besar kepada negara dan rakyat.
Biarlah penulis mengulas dan menganalisis bajet Pakatan Haram seleapas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri petang ini.
Berdasarkan senario politik negara ini, di mana segala-galanya dikaitkan dengan politik, bajet juga sebahagian daripada dunia politik tempatan khususnya pilihan raya. Lebih-lebih lagi PRU13 akan diadakan bila-bila masa.
Yang pasti, Bajet 2013 adalah untuk kehidupan rakyat yang lebih baik, itu jaminan Perdana Menteri.
Bajet 2013 yang akan dibentangkan hari ini dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
Semalam, penulis telah ke Parlimen untuk melihat perkembangan perjalanan ahli-ahli parlimen yang bersidang pasca Bajet 2013.
Suasana di dalam dan luar dewan ternyata sama-sama panas. Tidak kurang rakan-rakan media yang berlumba-lumba menemubual ahli-ahli parlimen baik dari Barisan Nasioanal (BN) dan Pakatan Haram sejurus mereka keluar dari dewan persidangan.
Namun, pertemuan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim di luar dewan menarik perhatian penulis. Gelagat mereka langsung tidak menggambarkan sesama mereka adalah musuh dalam politik. Mereka seperti rakan baik yang sudah lama tidak bertemu.
Itulah gelagat para pemimpin baik dari BN dan Pakatan Haram walaupun dalam dewan bertikam lidah, tapi di luar dewan masing-masing lembut lidah seolah-olah tidak pernah bersengketa.
Ternyata pertemuan Muhyiddin dan Anwar punya agenda besar. Pertemuan itu membincangkan tentang krisis air yang bakal berlaku di Selangor dan sebahagian besar kawasan di Lembah Klang jika kerajaan Selangor terus dengan sikap sombong dan ego menidakkan projek langat 2.
Muhyiddin dengan yakin menjelaskan bahawa projek langat 2 wajib diteruskan kerana ini bukan soal politik tetapi soal kepentingan rakyat yang menjadi keutamaan.
Anwar turut berjanji untuk memaklumkan kepada Menteri Besar walaupun penulis meraguikan janji-janjinya.
"Saya anggap itu komitmen beliau (Anwar).
"Isu air kita sudah jelaskan dan saya sendiri telah menghantar surat kepada Menteri Besar, tentang bagaimana isu itu nak diselesaikan. Berpandukan kepada nasihat Peguam Negara dan kembenterian bertanggungjawab, saya telah jawab dan memperincikan satu persatu," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan kesudian untuk bersemuka dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membincangkan pelaksanaan penyusunan semula industri perkhidmatan air di Selangor dan pembinaan Logi Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2).
mimr
+ comments + 1 comments
Ingatkan anwar nak rasuah Tan sri Muhyiddin