Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.
Harlan M. Mandel, CEO Media Development Loan Fund (MDLF) merupakan salah seorang tiga pengarah Mkini Dotcom. |
Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom menurut laporan akhbar The Star dalam wawancara bersama Sivarasa semalam.
Selain Sivarasa, seorang lagi pemegang saham Mkini Dotcom iaitu Bruno Gentil Pereira dan CEO Malaysiakini, C. Pramesh merupakan antara aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Arfa'eza Aziz |
Sementara itu, laporan kewangan syarikat itu seperti yang boleh disemak daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Mkini Dotcom mencatatkan penurunan hasil daripada RM1.85 juta pada 2010 kepada RM1.63 juta tahun lalu seperti laporan di akhbat Utusan Malaysia hari ini.
Bagaimanapun, 'pendapatan lain' portal itu meningkat daripada RM3.26 juta pada 2010 kepada RM3.7 juta tahun lalu manakala operasi dan perbelanjaan pentadbiran pula adalah RM5.1 juta.
Dalam pada itu, menurut Mkini.blogspot.com pula, ia menerima geran daripada Kedutaan Belanda di Malaysia; Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (ICFJ), Free Voice dan Friedrich Naumann Foundation (FNS) selain MLDF dan Southeast Asian Press Alliance (Seapa).
mimr
+ comments + 3 comments
Sila baca pendedahan ini
http://www.anwaraidc.com/?p=686
Kita tunggu apa respond pembangkang terhadap pendedahan ini...jika benar..sungguh memalukan...
Why muslim peopels agaist jewish? just want to know...
just ignore if extremely sensitive... =)