PANAS! DEPAT PERDANA HASSAN ALI VS KHALID SAMAD

Thursday 17 May 20120 comments

DEBAT PRU?


Terbaru! Menurut sumber, sebuah NGO yang berpangkalan di Shah Alam sedang merancang untuk menganjurkan satu debat perdana membabitkan Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam.

Cadangan masih di peringkat rancangan pihak penganjur dan cakap-cakap tentang program sudah disuarakan kepada pihak Hassan Ali. Namun belum ada permohonan secara rasmi dihantar kepada kedua-dua pihak.

Jika berjaya, program ini bakal 'meletup' kerana kedua-dua panel sebelum ini sentiasa bercakaran ekoran isu yang mengatakan Khalid Samad berperanan dalam pemecatan Hassan Ali.

Sebelum ini juga, Hassan Ali pernah menggelar Khalid Samad sebagai 'parasit' di dalam PAS.

Semoga debat perdana ini menjadi kenyataan agar kebenaran terungkai dan rakyat dapat menilai.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger