TERKINI! SAYAP PARTI PEMBANGKANG DISAMAN

Wednesday, 16 May 20120 comments



KUALA LUMPUR 16 Mei - Seorang peguam hari ini memfailkan saman terhadap Majlis Peguam, presidennya Lim Chee Wee dan dua pihak lagi berhubung usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam, minggu lepas.


Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Azam Aziz & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.


Beliau menamakan Majlis Peguam sebagai defendan pertama manakala Badan Peguam, Lim dan setiausaha Majlis Peguam Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan kedua hingga keempat.


Menerusi penyata tuntutan, Mohd Khairul Azam yang merupakan salah seorang ahli Majlis dan Badan Peguam mendakwa notis panggilan EGM bertarikh 4 Mei lalu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Akta Profesion Undang-undang 1976.


Beliau juga mendakwa bahawa usul yang diluluskan dalam EGM bertarikh 11 Mei lalu adalah terbatal dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.


Selain memohon deklarasi bahawa notis dan usul EGM tidak sah, Mohd Khairul turut memohon injunksi melarang defendan daripada menulis atau menyebarkan apa-apa perkara berkaitan EGM tersebut. - BERNAMA

Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger