TERKINI! BAJET SELANGOR HILANG RM2.95 BILLION?

Tuesday 7 November 20170 comments



Dewan Negeri Selangor gempar dengan kenyataan ADUN BN Batang Kali Mat Nadzari Ahmad Dahlan bahawa peruntukan Sistem Maklumat Rekod – Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bernilai RM2.95 bilion hilang daripada akaun kerajaan negeri.

Mat Nadzari mahu Menteri Besar Selangor Azmin Ali isytihar kepada Dewan ke mana perginya dana tersebut dan mengapa ianya tidak dicatatkan dalam akaun bukan hasil kerajaan negeri.

“Kenapa sembunyikan jumlah wang MARRIS yang diterima? Timbul persoalan mengenai ketelusan Kerajaan Negeri berhubung perkara ini,” katanya.

Azmin perlu beritahu rakyat kedudukan wang tersebut secepat mungkin supaya ia tidak dibelanjakan untuk perkara yang sepatutnya. Jangan pula nanti dia salahkan kerajaan Persekutuan atau menggunakan alasan “terlepas pandang” seperti Tun M dan Lim Guan Eng.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger