TERKINI! ANWAR MELANCAPI SEORANG LELAKI - MAHATHIR

Wednesday 22 November 20170 comments



Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaannya bahawa Anwar Ibrahim pernah melancapi seorang lelaki ketika masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat daripada kerajaan dan parti UMNO.

Ketika menjawab soalan daripada peserta sesi dialog town hall di Petaling Jaya malam tadi, Dr. Mahathir menjelaskan bahawa pihak polis telah menyerahkan siasatan terperinci berhubung segala dakwaan mengenai salah laku seks melibatkan Anwar tetapi beliau masih enggan mempercayainya 100 peratus, termasuk surat yang dihantar oleh Ummi Hafilda Ali, adik perempuan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Dalam laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini lewat malam tadi, Dr. Mahathir disebut sebagai berkata, seorang lelaki telah bertemu dengannya dan memaklumkan bahawa Anwar bukan sahaja telah meliwatnya tetapi turut melancapi kemaluannya (zakar).

"Saya tidak dapat terima seorang lelaki peliwat akan menjadi pemimpin negara ini," tegas Dr. Mahathir berulang kali.

Walaupun sudah menjalin kerjasama politik antara partinya dengan PKR yang diketuai isteri Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah, namun hadirin tetap meragui ketulenan hubungan tersebut hingga mendorong beberapa orang peserta mengajukan soalan-soalan yang dianggap mengaibkan seperti kes Liwat 1.0 yang berlaku ketika Dr. Mahathir masih bergelar Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim telah dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan dibuang daripada UMNO tidak lama selepas itu atas dakwaan melakukan kesalahan liwat terhadap seorang lelaki yang mempunyai hubungan yang rapat dengan dirinya pada waktu itu.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger