TERKINI! AZMIN HALALKAN PESTA ARAK TAPI NAFI HAK ORANG ISLAM

Monday 25 September 20170 comments


Memang sudah dijangka pun yang Azmin Ali akan membuka pintu kepada pihak penganjur Better Beer Festival 2017 meneruskan program mereka di Selangor selepas diharamkan oleh DBKL.

Kepada penyokong dan pemuja Azmin Ali, kini anda boleh sama-sama mengangguk kepala dengan logik Menteri Besar terbaik Selangor (bak kata Ezam Kotak) ini, bahawa pesta ini tidak wajar disekat kerana ia adalah hak orang bukan Islam selain menghormati prinsip demokrasi.

Mungkin Azmin lupa, di atasnya ialah Sultan Selangor yang berfungsi sebagai Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam. Mungkin juga Azmin tak ingat bahawa orang Islam masih lagi majoriti di negeri ini.

Yang Azmin ingat ialah hak kaki botol mesti dihormati walaupun pesta ini pada akhirnya akan mencemarkan nama baik negeri dan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagi Azmin, pesta arak ini lebih utama berbanding hal-hal lain seperti :-

i) Hak penduduk di lima buah kampong yang terlibat dengan projek pembinaan jirat Cina di Jeram yang cuba dirampas oleh pihak pemaju dan PBT tetapi disokong oleh Azmin selaku Menteri Besar.

ii) Usul pemerkasaan Mahkamah Syariah yang dikemukakan oleh ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak tetapi ditolak olah Speaker DUN Selangor, Evangelis Hannah Yeoh.

iii) Pindaan RUU355 yang ditentang oleh Azmin sendiri kerana dianggap tidak demokratik.

Ini cuma tiga contoh bagaimana Azmin selaku Menteri Besar mengamalkan sikap berpilih dalam menangani sesuatu isu membabitkan kepentingan rakyat Selangor. Kami akan perincikan dalam siri artikel khas KEBANGSATAN AZMIN ALI selepas ini.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger