[TERKNI] #PRKSgBesar #SCS93: MAT SABU MAHU CALON PAS TARIK DIRI DAN SERTAI PAN

Thursday 16 June 20160 comments


Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu senada dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengesyorkan supaya calon Pas, Dr Abdul Rani Osman menarik diri dan memberi laluan kepada pertandingan satu lawan satu antara PAN menentang BN.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau sendiri bersedia untuk menerima Abdul Rani menyertai PAN kerana yakin calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar itu tidak mendapat sokongan pengundi.

“Kalau dia (Abdul Rani) bertanding, memang tak boleh menang. Pas tak boleh menang bersendirian.

“Saya terbuka untuk terima beliau untuk sertai Pakatan Harapan..tak kisahlah dia nak masuk PAN ke, PKR ke, atau DAP pun boleh,” katanya ketika diminta mengulas pelawaan Kit Siang kepada Abdul Rani menyertai Pakatan Harapan.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger