[TERKINI] #PRKSgBesar #SCS93: PAS DAN PAN DIJANGKA PERANG BESAR MENJELANG BUANG UNDI

Sunday 12 June 20160 comments


Api permusuhan antara PAS dan Parti Amanah Negara kian marak apabila pemimpin PAS yang berkempen dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar melabel secara terbuka parti serpihan sebagai parti hipokrit, khianat dan tidak boleh dipercayai.

Antara pemimpin yang lantang membidas parti itu ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamarudin Sidek dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan.

Kamarudin menganggap parti itu hipokrit kerana kononnya memperjuangkan Islam tetapi menentang Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) apabila ia dibentangkan di Parlimen bulan lalu.

"Saya lihat sendiri di Dewan Rakyat bagaimana pemimpin parti berkenaan yang dahulu bersama PAS tetapi kini bersama-sama Ahli Parlimen DAP bangun menentang RUU berkenaan.

"Tindak tanduk mereka itu menjelaskan yang pemimpin dan parti itu tidak boleh dipercayai dan perlu ditolak dalam PRK ini," katanya ketika dalam ceramah kelompok di Pasir Panjang malam tadi.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang dijadual hadir ceramah itu bagaimanapun tidak muncul hingga tempoh berkempen tamat pada jam 12 tengah malam tadi.

Sementara itu, Wan Hasnira berkata, parti itu tidak layak dipanggil 'amanah' kerana masih mengekalkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi atas tiket PAS dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

"Kalau betul mereka amanah, kosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS. Jangan asyik kata rakyat sokong mereka sedangkan mereka menang dahulu guna PAS," katanya.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger