[TERKINI] #PRKSgBesar #SCS93: MENTERI LONDEH PENIPUAN RAFIZI

Sunday 12 June 20160 comments



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob menyangkal pembohongan Rafizi Ramli ketika pemimpin Pkr yang terkenal dengan jolokan 'Rafizi Pondan' membuat ceramah di Sungai Besar baru-baru ini.

Rafizi mendakwa kerajaan menekan pelajar susah kononnya Institut Kemahiran Mara (IKM) memotong elaun pelajarnya sebanyak RM25.

Ismail sebaliknya dalam nada tegas menjelaskan bahawa elaun pelajar IKM tidak dikurangkan dan masih kekal seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sejurus selesai mengadakan lawatan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar sebentar tadi.

Untuk rekod, jumlah elaun yang diberikan kepada pelajar bagi program Sijil adalah RM210.00 manakala bagi program Diploma pula berjumlah RM265.00 sebulan.















Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger