Apa tujuan Parti Keadilan Rakyat (Pkr) memindahkan bilik gerakan mereka bersebelahan bilik gerakan Barisan Nasional (BN)?
Hasil pemantauan mendapati sebahagian besar bilik operasi Pusat Daerah Mengundi (PDM) milik BN menghadapi kejadian sama.
Tindakan mereka dilihat cuba membuat provokasi dan dilaporkan ada kejadian ejek-mengejek dari kalangan petugas Pkr di situ.
Jika perkara ini tidak dibendung oleh pihak berkuasa, dikhuatiri akan berlaku pergaduhan memandangkan semua sedia maklum dengan perangai penyokong Pkr yang suka memulakan provokasi.
Mungkin juga itu yang dirancang oleh Pkr, mereka mahu mencetuskan pergaduhan atau pun cuba menakut-nakutkan petugas BN.